Meninjau
lokasi ini pada1 februari 2014 bersama lebih 20 peserta lain dengan diketuai
oleh saudara Henry Bating cukup memberikan pengalaman berharga serta mengujakan
buat semua peserta. Manakan tidak, bukan semua pengunjung termasuk penduduk
kampung berpeluang mengunjungi lokasi kejadian ini yang terletak kira-kira
3-4km daripada kawasan kampung(Lindopon). Walau bagaimana pun,rombongan peserta
terpaksa mengambil masa lebih sejam setengah (1 jam 30minit) untuk sampai ke
lokasi ini. Hal ini kerana, perjalanan berbukit bukau, cerun tinggi serta hutan
tebal menyukarkan peserta mempercepatkan langkah perjalanan. Ditambah pula
dengan penyertaan beberapa peserta kecil berumur sekitar 5-10 tahun.
Menurut
'Guider' yang mengiringi tinjauan ini,terdapat beberapa jalan yang boleh
dilalui untuk sampai ke lokasi ini, ketika perjalanan menuju ke lokasi
ini,kami melalui laluan pertama yang mempunyai cerun tinggi,sempit,berbatu
licin termasuk menyusuri anak sungai. Laluan ini sangat sesuai bagi mereka yang
menggemari aktiviti lasak serta ingin menguji ketahanan fizikal. Manakala
perjalanan kembali ke kawasan kampung, kami melalui denai yang agak mudah serta
luas dan cuma mengambil masa lebih kurang 50minit.
Tujuan
tinjauan ini dilakukan untuk mengenalpasti lokasi kejadian sebenar kerana
lokasi ini termasuk dalam perancangan atau usaha untuk menjadikan tempat ini
sebagai satu lokasi pelancongan di masa akan datang. Walaupun masih dalam
perancangan, cadangan ini turut mendapat sokongan orang yang bergiat aktif
menguruskan serta mengenalpasti produk pelancongan di Sabah, Encik Chinly Moniu
yang juga turut serta dalam tinjauan ini.
Terdapat
beberapa perkara yang perlu diusahakan sebelum mewartakan lokasi ini sebagai
salah satu lokasi pelancongan di kampung ini termasuk perbincangan dengan pihak
Taman-taman Sabah untuk memberikan konsesi penjagaan kepada penduduk kampung.
Hal ini kerana lokasi ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan negeri Sabah.
Turut serta dalam tinjauan ini ialah Ketua Kampung Tepoh,En Taimin Majingi, dan
saudara Hasmin Azroy Abdullah,juga seorang yang sedang bergiat aktif dalam
ekopelancongan.
Sepintas Lalu berkenaan serpihan Kapal Perang ini.
Merupakan
tinggalan sejarah yang sangat berharga semasa era perang Dunia ke-2. Kapal
perang jenis “Brewster F2A Buffalo Fighter Planes” ini digunakan oleh tentera
British untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan Jepun 1942-1945. Kapal ini terhempas
di Kg. Lindopon Ulu Tipoh, Tenom dalam antara tahun 1942-1945 setelah mengalami
kerosakan teruk akibat ditembak oleh tentera Jepun. Menurut fakta lisan
daripada penduduk di Kg. Lindopon Ulu Tipoh, kapal ini dipercayai
ditembak di Mengkalias, Tenom sebelum terhempas di lokasi kejadian akibat kerosakan
enjin yang teruk.
Penduduk membayangkan kapal perang ini meletup dengan sangat
dahsyat berikutan penemuan hanya serpihan-serpihan kecil bahagian bangkai yang
ditemui, seperti enjin, sayap (Wing Loading), rim, senjata (Machine Gun) dan
banyak lagi. Gambar menunjukkan lokasi kejadian dan sebahagian daripada
rangka-rangka kapal di tempat kejadian.
3 comments:
Khazanah kesan perang dunia kedua, sengketa imperialis kuasa2 besar dunia yang berdampak kepada penduduk setempat. Lstarikan sebelum terhakis oleh timbunan batu pasir dan kayu dihanyut banjir lalu diselaputi lumut tebal.
ramai sahabat saya ingin melihat tempat ini tapi tidak kesampaian kerana tidak ada prosedur yang jelas...
That aircraft represent the long lost human greed for power and natural resources. We must preserved it for future generation of dark age of old. We can certainly turn it into village tourism park!!
Post a Comment