Oleh
HENRY BATING
MENYALAKAN
api selesai gotong-royong
|
BELIA
Pamilaan Villa pada 31 Januari membuka tiga tapak baharu untuk perkhemahan dan
perkelahan. Tiga tapak itu terletak di sepanjang Sungai Pamilaan, kira-kira
23km dari Pekan Tenom. Lokasi tapak melibatkan tempat yang strategik
dikunjungai penduduk terletak di Sungai Tailaan, Piolungan tempat bertemunya
Sungai Tailaan dan Sungai Pamilaan serta sebuah lagi di Pamilaan Tengah.
Ketua
Belia Pamilaan Villa, Julius Elip yang mengetuai kerja-kerja pembersihan tapak
tebing sungai memulakan gotong-royong di Piolungan pada jam 10.00 pagi,
disusuli ke tempat kedua di Tailaan (1.00 petang) dan di Pamilaan Tengah (4.00
petang).
“Pembukaan
tiga lokasi ini diharapkan dapat menjadi tapak perkelahan penduduk kampung
khususnya di kalangan belia bagi memenuhi masa santai mereka di samping
digunakan sebagai tapak perkhemahan oleh kalangan pelajar sekolah yang bergiat
aktif dalam aktiviti pelbagai persatuan seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan
lain-lain,” kata Julius.
Turut
serta dalam aktiviti sehari bergotong-royong itu ialah Ketua Kampung, KK Johny
Borok, Mantan KAN, Sukim Sarat, En Felix Martin dan kalangan
belia beserta penduduk.
Menurut
Julius, pembukaan tapak itu juga bertujuan untuk melengkapkan pakej pelancongan
di kampung itu menyusul promosi laluan konvoi ke pelbagai destinasi seperti
Wasai (air terjun), perkampungan tradisi Pamilaan Villa, beberapa kolam
rekreasi, kawasan serpihan pesawat tempur Perang Dunia II di Sungai Lindopon,
Ulu Pangalat dan Taman Banjaran Crocker Ulu Sumbiling.
Johny
menyambut baik penambahan destinasi pelancongan di perkampungan itu bagi
memperluaskan lagi kawasan rekreasi penduduk di samping menyahut usaha
mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
BERSANTAI
di tapak perkelahan yang baru dibersihkan
|
“Kita
berharap penduduk dapat mengambil peranan aktif mengalu-alukan kedatangan
rombongan pelancong ke pelbagai destinasi yang terdapat dalam kawasan Melalap
Utara ini bagi mengambil bahagian dalam perolehan industri pelancongan,” kata
Johny.
Johny
turut menyarankan penduduk khususnya kalangan belia agar memanfaatkan
sepenuhnya tempat-tempat rekreasi di kampung itu dan tidak semata-mata
bergantung kepada kunjungan ke pelbagai destinasi yang jauh bagi memenuhi masa
santai mereka.
Sukim
pula melahirkan harapan yang optimis mengenai potensi industri pelancongan di kampung
berkenaan dengan mengambil contoh pelbagai destinasi pelancongan
kampung-kampung lain yang sudah maju dan mampu memberikan sumber pendapatan
kepada penduduk.
“Kampung
kita memiliki anugerah alam yang baik dan sesuai untuk rombongan pelawat datang
baik pelancong dalam negeri mahupun luar negeri. Kita memiliki pelbagai sumber
untuk ditawarkan kepada pelancong bagi menikmati suasana desa, tradisi dan
percutian yang menyenangkan,” kata Sukim.
Menurut
Sukim, pihaknya sedang merangka usaha mewujudkan pusat peranginan di tebing
sungai Pamilaan Tengah yang dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi melibatkan
tapak beriadah, memancing, café, ruang perjumpaan dan persembahan tradisi.
Sementara
itu, Hasmin Azroy Abdullah dan Chinly Moniu dari Kg Jawa Sumbiling yang sedang
terlibat secara langsung dalam industri pelancongan serta mula bergabung dalam
promosi dan operasi pelancongan zon Melalap Utara itu bersedia menggabungkan
tenaga dan kepakaran.
“Seperti
yang biasa saya lakukan, website mengenai pelbagai destinasi pelancongan di
tempat ini akan dilancarkan dengan memiliki jaringan promosi bersama pelbagai
destinasi pelancongan lain yang sudah lama beroperasi. Melalui web itu pegunjung
boleh membuat tempahan serta-merta tapi penduduk harus bersedia menerima
kedatangan lebih banyak rombongan,” kata Azroy.
Manakala
Chinly yang terlibat sebagai pengangkut dan pemandu rombongan pelancong ke
pelbagai destinasi berharap penduduk mula melibatkan secara serius sebagai
penerima kehadiran rombongan dan mengambil tahu tentang apa yang disukai
pelancong untuk datang melawat.
KERJA
bersama membersihkan tapak perkelahan
|
MENGELILINGI
unggun api di tepi sungai
|
BERKELAH
di Piolungan
|
MENIKMATI
hidangan tengahari. Kelihatan Julius (bertopi)
bersama sebahagian peserta
gotong-royong
|
BERDAHANG
menghilang kesejukan selepas mandi-manda
|
ASYIK
mandi-manda seorang anak ditemani ibu
|
BELAJAR
menyemarakkan unggun api di tepi sungai
|
TAPAK
perkhemahan yang baru dibuka
|
BERKONGSI
cerita selepas bergotong-royong. KK Johny Borok (kanan)
berceloteh dengan
sebahagian belia Pamilaan Villa
|
RIMBA
tepi sungai memberi sumber sayur ‘dukaruk’ dan siput
|
Tour de’ Pamilaan (TdP) yang dilancarkan Ogos 2013 bakal mengambil tempat untuk penganjuran kali kedua pertengahan tahun ini bagi mempromosi tempat-tempat yang sudah dimajukan beserta pelbagai destinasi yang baru dibuka. Promosi itu dikendalikan Persatuan Bekas Pelajar St Pius dipengerusikan oleh Philip Basalant.
Rencana Utusan Borneo, 7 Februari 2014
No comments:
Post a Comment