Siri
2
Oleh
HENRY BATING
Nasi
linopot dengan pewarna keledek berlauk ikan, bunga
papaya dan tuhau dengan penggunaan minyak terkawal
|
JIKA
anda jauh di rantau dan terlepas banyak keramaian musim Kaamatan, suasana itu
boleh anda putar balik dengan mengunjungi inap-desa (homestay) Pamilaan. Di
lokasi desa lima buah rumah tradisional ini, pengunjung pasti dapat mengubat
kerinduan menikmati sajian tradisional masyarakat Kadazandusun Murut dalam
suasana ‘moginakan’ atau pesta.
Di
homestay Pamilaan, pengunjung dapat mengimbas nostalgia kehidupan kampung
kerana penduduk sedia mengalu-alukan pelawat dengan aktiviti ‘mirumoh-rumoh’
iaitu saling bertanya khabar, bercerita tentang pelbagai peristiwa dan saling
berhibur ‘misudawil’ atau berteka-teki dan membunyikan muzik tradisional.
Nasi
linopot dengan pewarna ubi manis mengandungi lauk ikan
|
Lokasi
itu mudah dikunjungi kerana terletak hanya kira-kira 3km dari simpang lebuhraya
sempadan Tenom-Keningau. Ketika dilancarkan pada Ahad, penduduk setempat dan
tetamu dari Tambunan berkampung hingga ke petang di lokasi itu. Bagaimanapun,
buat permulaan ini kunjungan hanya dapat dibuat melalui tempahan. Persatuan
Alumni St Pius Pamilaan, Tenom yang mengendalikan pelbagai pakej pelancongan di
kampung itu boleh dihubungi melalui urusetia perunding, Wasai Tour.
Pada
majlis pembukaan dua hari lalu, pengendali rumah-rumah tradisi menyediakan
laluan rumah ke rumah kepada rombongan pelawat. Sambutan dimulakan di pangkal
Jalan Homestay KUK St Peter Mr Stanley P. Hill. Dari permulaan jalan kira-kira
50meter itu, pengunjung memasuki gerbang menuruni bukit dan mula diraikan di
rumah Misompuru. Di rumah ini, sajian ‘linopot’ atau nasi impit dibungkus daun
segar tersedia di ‘rilibu’ atau nyiru. Linopot disajikan dengan pewarna keledek
berlauk ikan, bunga papaya rebus dan tuhau.
Set
hidangan tanpa minyak
|
Tempoh
masa berkunjung di setiap rumah bergantung kepada selera pengunjung. Dari rumah
Misompuru, kunjungan seterusnya dibuat ke rumah Lologubon. Paluan gong irama
Penampang menanti pengunjung di rumah ini. Di pantaran rumah, koir meraikan
pengunjung dengan lagu identiti rumah mereka. Minuman pelbagai rasa ditawarkan sebelum
menghadap hidangan makanan menu ‘tiniwak’ iaitu inti batang pisang hutan, nasi
linopot, daun bawang campur, ulam jantung pisang bercampur bilis dan sambal.
Dari
rumah Lologubon, pengunjung diiringi bertandang ke rumah Nuntunan. Di rumah yang
terletak di kaki bukit itu, kanak-kanak sedia menyapa rombongan pelawat dengan
memberi alu-aluan dalam bahasa Kadazandusun. Dalam rumah terhidang linopot
berpewarna kuning ubi manis mengandungi lauk ikan. Turut membuka selera ialah
set sayuran kampung tutan, tiniwak dan
taduk. Terdapat juga minuman ‘tinogoyi’ iaitu air tapai beras bagi pengunjung
yang biasa meminum minuman itu.
Kunjungan
seterusnya ialah ke rumah Narantai. Sampai di ambang gerbang beratap ‘sinorut’
atau rumbia memanjang menuruni bukit, penyambut tetamu siap mengiringi pelawat
ke rumah utama. Di pantaran rumah, minuman ‘sinompuru’ iaitu air dalam bekas
bambu diikat bertandan dihidangkan. Pada waktu yang sama, kumpulan kanak-kanak
sedia menanti pelawat dengan ‘choral speaking’ bahasa Kadazandusun dan masuk ke
ruang tamu, pelawat dihiburkan koir dan irama tongkungon. Pelawat juga berkesempatan memerhati koleksi
gambar kronologi pembinaan rumah tradisi itu.
Aneka
hidangan kampung tanpa minyak
sajian tradisional penduduk asal Sabah
|
Pelawat
kemudian diiringi turun ke halaman rumah untuk menghadap aneka hidangan
tradisional tanpa minyak di ruang makan beratap sinorut. Pengunjung boleh
menikmati set menu terdiri daripada nasi pulut berbungkus daun pisang dimasak
ala lemang, ayam kampung rebus, ‘tinimbu’ atau bubur ayam kampung, nasi
‘tadong’ padi bukit, linompuka, ubi manis pelbagai warna, ‘borot’ atau ikan
sungai rebus, ‘gagau’ atau jeruk ikan dan sup daging dimasak menggunakan kayu
api. Pengunjung turut disajikan minuman ‘linutau komis’ atau air tapai manis
dihidangkan dalam ‘suki’ atau ruas bambu.
Rumah
Tobobon menjadi destinasi terakhir menghidangkan ayam kampung rebus beserta
ikan segar air tawar, daging dan sambal. Pengunjung menghadap hidangan di
halaman rumah di bawah rimbunan pohon-pohon. Suasana di tempat ini amat santai
dengan hembusan angin sepoi beserta aliran air anak sungai yang perlahan. Irama
gong Penampang dipalu dan telah menarik keinginan pengunjung berdendang irama
sumazau.
Urusetia
Wasai Tour boleh dihubungi melalui 0198120553 (Stanly Leo), 0198830535 (Philip)
dan 0195884535 (Justina). Siri ketiga akan datang mengimbas kesenian yang telah
dipersembahkan manakala siri terakhir berkisar upacara perasmian dan pendapat
pelbagai pihak mengenai pusat pelancongan itu.
Sup
daging dimasak menggunakan kayu api dihidang menggunakan tempurung kelapa
|
Ayam
kampung rebus beserta ikan segar air tawar, daging dan sambal
|
Set sayur kampung tutan, tiniwak dan taduk |
Tiniwak
pisang hutan, ulam jantung pisang dan sambal
|
Santai
selepas makan berkongsi ‘suki’ minum linutau ‘komis’
|
Oleh HENRY BATING
No comments:
Post a Comment