Bhg
1 dari 4 Siri
Oleh
HENRY BATING
3
Dis 2013
Rumah
Tobobon dipandang dari arah dataran tanah tinggi Lologubon
|
RUMAH
inap-desa (Homestay) Pamilaan pada Ahad membuka tirai mengalu-alukan kehadiran
pelawat menikmati suasana desa dengan layanan mesra penduduk sambil menikmati
hidangan tradisional ala Kaamatan.
Bagaimanapun
lima rumah tradisi homestay yang terletak di kaki bukit pinggir padang ragut
tanah tinggi Lologubon itu, buat permulaan hanya dapat meraikan pengunjung yang
datang melalui tempahan.
Persatuan
Alumni St Pius, Pamilaan yang mengendalikan destinasi pelancongan desa,
terletak kira-kira 25km dari Pekan Tenom dan 28km dari Pekan Keningau itu boleh
dihubungi melalui urusetia perunding, Wasai Tour.
Homestay
itu merupakan salah satu daripada beberapa destinasi pelancongan di Pamilaan
yang menawarkan kunjungan secara pakej. Destinasi lain termasuklah Taman
Rekreasi Batu 15, air terjun (wasai) Pamilaan dan rumah-rumah penduduk.
Penasihat
persatuan almuni, Stanley P. Hill ketika melancarkan pusat homestay itu yakin
tempat berkenaan mampu menarik perhatian ramai khususnya kalangan pencinta
warisan tradisional untuk mengenali lebih dekat latar belakang kehidupan
masyarakat Kadazandusun.
“Saya
telah melihat keadaan yang baik di tempat ini sejak lama dulu, agak banyak
kerbau di sini, saya juga pernah membawa rombongan murid berkelana berhari-hari
di sekitar wasai untuk pembelajaran sains alam semulajadi,” kata Stanley.
Stanley,
74, berketurunan Australia-Dusun menjadi Guru Besar St Pius, Pamilaan sejak
sebelum kemerdekaan antara 1962-1966 sebelum berpindah tugas dan menetap di
Pekan Tambunan.
Lima
buah rumah tradisi suku kaum Dusun itu mewakili lima petempatan perumahan di Kg
Pamilaan dan diberi nama Misompuru, Lologubon, Narantai, Nuntunan dan Tobobon.
Setiap
rumah meraikan pengunjung dengan pelbagai variasi hidangan makanan, minuman,
persembahan dan kesenian.
Hidangan
yang disajikan di rumah-rumah tradisi itu amat sesuai bagi kalangan masyarakat
Sabah di perantauan yang tidak sempat merayakan Pesta Kaamatan di kampung untuk
merasakan, menikmati dan mengimbas kembali suasana pesta (moginakan) di
perkampungan.
Struktur
binaan rumah-rumah tradisi menggunakan sepenuhnya tenaga penduduk secara
bergotong-royong, memanfaatkan bahan-bahan binaan yang tumbuh di kampung
seperti kayu dan bambu.
Persekitaran
perumahan tradisi juga diupaya mengekalkan keseimbangan ekologi dengan
membiarkan pohon besar merimbun, memelihara laluan air anak sungai serta
menanam pelbagai tanaman kontan di halaman setiap rumah.
Mengunjungi
Homestay Pamilaan memberi suasana berkunjung dari rumah ke rumah perkampungan
melalui laluan menuruni bukit, mendaki dan melereng di samping meniti jambatan
kecil menyeberang anak sungai.
Kadar
kos bagi rombongan mengunjungi pusat homestay itu amat berpatutan dan
menjanjikan kepuasan selera bagi penggemar masakan kampung masyarakat
Kadazandusun Murut di samping kenangan terindah bersama penduduk umpama VIP
(orang penting) baru balik dari lawatan.
Siri
kedua bakal mengupas hidangan tradisi yang disediakan, siri ketiga mengenai
kesenian manakala siri terakhir berkisar upacara perasmian dan pendapat
pelbagai pihak mengenai pusat pelancongan itu.
Turut
mengiringi Stanley mengunjungi rumah-rumah tradisi ialah Pengerusi Persatuan
Alumni, Philip Basalant, Setiausaha II, Stanly Leo, pengusaha Olumis Butik
Borneo, Justina Datuk J.B. Dusing dan Pensyarah Kanan Bahasa Kadazandusun,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Rosliah
Kiting.
Urusetia
Wasai Tour boleh dihubungi melalui 0198120553 (Stanly Leo), 0198830535 (Philip)
dan 0195884535 (Justina).
Gerbang
masuk ke rumah Misompuru
Stanley
Hill (tengah), Stanly Leo (kanan), Philip Basalant bersama rombongan menuruni
bukit ke rumah Misompuru
Penduduk
dalam pondok di halaman rumah Narantai
Sebahagian
rombongan tetamu bergambar di hadapan rumah Misompuru
Kanak-kanak
turut serta mengalu-alukan kehadiran tetamu di rumah Lologubon
Sekumpulan
kanak-kanak mengalu-alukan tetamu di beranda rumah Narantai
Halaman
rumah Tobobon dengan anak sungai mengalir dipandang dari utara
Oleh: Henry Bating
Rencana Utusan Borneo 3 Dis 2013.
No comments:
Post a Comment