Ads 468x60px

Wednesday, October 29, 2025

Gotong-Royong Pasang Paip di Kampung Lologubon Berjaya Disiapkan Dalam Empat Hari


Kampung Lologubon, 24 November – Semangat muafakat dan kerjasama penduduk Kampung Lologubon terbukti apabila aktiviti gotong-royong memasang paip air berjaya disiapkan dalam tempoh empat hari, bermula 21 hingga 24 November lalu. Seramai 25 orang penduduk kampung berganding bahu mengangkat dan memasang paip bersaiz besar di kawasan hulu sungai bagi dijadikan kepala paip utama.

Kerja-kerja memasang sebanyak 10 gulung paip bersaiz 2 inci, dua gulung bersaiz 3 inci serta empat gulung bersaiz 4 inci bukanlah tugas mudah. Penduduk menghadapi cabaran besar ketika membuat penyambungan kerana saiz paip yang besar, namun berkat semangat gotong-royong dan keazaman tinggi, semua kerja dapat diselesaikan dengan jayanya.

Penduduk kampung turut menzahirkan rasa syukur atas sumbangan paip daripada kontraktor penyelenggaraan jalan serta bantuan tambahan hasil permohonan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kini, penduduk dapat menikmati bekalan air dengan tekanan yang tinggi dan stabil – hasil usaha bersama yang mencerminkan semangat perpaduan komuniti Kampung Lologubon.




















Gambar sekitar gotong royong;











No comments:

 
 
Blogger Templates