Ads 468x60px

Friday, January 15, 2021

Team belia RSS hulur bantuan kepada keluarga yang di kuarantin

Kumpulan belia hulur bantuan kepada keluarga yang di kuarantin

13 Januari 2021 (Selasa)

Ahli RSS dari kiri: Hermon, Christiansen, Hillary dan Kenneth


Sekumpulan belia yang dikenali sebagai 'Team belia RSS' mengambil inisiatif dan tanggungjawab bertindak menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga yang dikuarantin di Tebobon dan Bobodok Pamilaan. Bantuan yang disampaikan berupa set bakul makan seperti beras,telur,minyak makan dan sebagainya.

Bercakap bagi pihak Team RSS, saudara Hillary Julian berkata, mereka membuat keputusan menghantar bantuan tersebut kepada 5 keluarga yang berkuarantin memandangkan mereka tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana untuk membeli keperluan. Beliau juga berharap agar bantuan yang diberikan serba sedikit telah dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.

Ketika ditanya, menurut saudara Hillary lagi, dana bantuan tersebut adalah daripada sumbangan ikhlas ahli Team RSS sendiri. Beliau menambah, idea tersebut dicetuskan oleh salah seorang ahli iaitu saudara Christiansen Sukim.

Saudara Christiansen pula sempat membuat gesaan agar terus memberi sokongan dan doa kepada pesakit yang dijangkiti penyakit Covid-19 agar cepat sembuh serta membuang stigma negatif masyarakat terhadap pesakit Covid-19 ini.

# 'Team belia RSS' merupakan sebuah group WhatsApp yang terdiri daripada 23 ahli belia lelaki setakat ini.
Salah seorang yang membuat kuarantin kendiri di sulap kebunnya





Keluarga yang kuarantin kendiri di Bobodok









Gambar oleh: Christiansen dan Hillary.
Artikel: Joe Milan


No comments:

 
 
Blogger Templates