Ads 468x60px

Wednesday, October 10, 2012

Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pamilaan 2012

       
        Pesta Kaamatan atau 'Tadau Kaamatan' merupakan acara yang sudah menjadi kewajipan disambut dan dirayakan pada setiap tahun di kampung ini. Pesta ini diadakan sebagai menandakan selesainya musim menuai khasnya di kampung ini. Pada tahun ini pesta Kaamatan diadakan pada 27 Jun 2012. Perayaan ini disambut secara 2 dalam 1 iaitu Pesta Kaamatan peringkat Kampung Pamilaan serta menyambut hari Ulang tahun ke-19 Keuskupan Keningau 2012. Pengerusi penganjur perayaan kali ini ialah saudara Stanly Leo yang juga merupakan pengerusi KUK St.Peter Pamilaan. Pesta ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Radin Maleh, Adun N.35 Melalap, merangkap pembantu menteri kepada ketua menteri. 

       Pada setiap tahun penganjuran pesta ini, pastinya banyak acara atau aktiviti menarik yang diadakan oleh Ajk penganjur. Antaranya ialah pertandingan bola sepak, acara-acara sukaneka, menyumpit, melastik, pertandingan masakan tradisional (antara KKD). Manakala antara acara yang diadakan pada sebelah malamnya saat perayaan berlangsung adalah pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi (menyanyi), Bina badan (kanak-kanak), bercerita dalam Bahasa Dusun serta persembahan bermain alat muzik tradisional.

Upacara pemotongan kek perasmian oleh YB Datuk Radin Maleh dan Fr. Gilbert Engan diiringi En Stanly serta pemimpin-pemimpin kampung Pamilaan.
YB Radin Maleh menyerahkan kerusi kepada En.Stanly Leo

     
    Dalam perayaan ini, YB Datuk Radin maleh telah menyumbangkan 100 buah kerusi plastik untuk kegunaan penduduk kampung di sini.Beliau juga menyatakan dalam ucapan ringkasnya bahawa akan memberikan dana untuk membuat pagar di sekeliling dewan serta gereja kampung pamilaan.

Antara acara-acara menarik yang diadakan pada hari tersebut..

Pertandingan masakan Tradisional







Pertandingan Sugandoi 










Pertandingan Unduk Ngadau











 Antara Pengadil-pegadil pertandingan yang terlibat,









     Pesta Kaamatan kali dianggap paling berjaya dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut. Kerjasama dan komitmen daripada semua Ajk penganjur sangat baik telah menghasilkan satu sejarah dalam penganjuran Pesta Kaamatan kali ini. Di harapkan agar kerjasama seumpama kali ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang.

Oleh Joe Milan..

Monday, October 8, 2012

Pertandingan Bola Sepak Antara KKD (Berita Bergambar)


BERITA BERGAMBAR SEMPENA SUKANEKA PERLAWANAN  BOLA SEPAK ANTARA KKD ST. PETER KAMPUNG PAMILAAN MEI 2012

























































         Pertandingan Bola Sepak Antara KKD St.Peter adalah salah satu acara wajib yang diadakan setiap tahun bersempena dengan Sambutan Kaamatan di kampung ini. Terdapat banyak lagi acara yang diadakan seperti pertandingan Tarik tali, Bola tampar, Menyumpit dan sebagainya. Acara ini biasanya dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya, dewasa lelaki, dewasa wanita, bujang vs berkahwin serta tidak ketinggalan acara untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tujuan utama penganjuran aktiviti seperti ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk di kampung ini. Terdapat juga penyertaan daripada luar kampung Pamilaan seperti dari pekan Tenom dan sebagainya. Pertandingan bola sepak antara KKD ini dipengerusikan oleh Saudara Stanley Leo yang juga merupakan pengerusi KUK St.Peter Pamilaan bermula sesi 2012.


Oleh Joe Milan
 
 
Blogger Templates