Ads 468x60px

Thursday, September 2, 2021

KUMPULAN GURU KG.PAMILAAN MENYALURKAN BANTUAN BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK TERKESAN PANDEMIK COVID19

 




Tenom: Seramai 10 penduduk Kampung Pamilaan menerima bantuan bakul makanan keperluan harian yang disalurkan kumpulan guru di kampung ini.

Spencer Linus bercakap sebagai salah seorang yang menyampaikan bantuan tersebut, bantuan itu adalah bagi meringankan beban beberapa penduduk kampung yang menghadapi kesukaran di musim pandemik covid-19.

"Besar harapan kami agar bantuan ini serba sedikit dapat meringankan beban keluarga yang terlibat", kata Spencer yang juga merupakan seorang guru di SMK Entabuan Tenom.

Turut serta dalam aktiviti menyampaikan bantuan tersebut ialah, Stephan Malujin, Adrian Francis Dan Venadita V.


Untuk makluman,Seramai lebih kurang 20 guru yang berasal di kampung ini bersatu hati mengumpul Dana melalui kutipan individu untuk tujuan program tersebut. Kesemua mereka sedang bertugas di seluruh Sabah.


Hasil derma ikhlas semua, kumpulan ini berjaya mengumpul Dana lebih seribu Ringgit untuk diberikan kepada penduduk yang menghadapi kesusahan di musim pandemik ini.


HENRY BATING

Artikel Asal dalam Bahasa Dusun :

http://sabah360online.com/berita-dusun/mongingia-pamilaan-pinopotikid-toluod-balatak-taakanon/

Translate Melayu: Joe Milan








Wednesday, January 20, 2021

Hampir 100 penduduk Jalani Swab Test di Kg Pamilaan

Hampir 100 Penduduk Jalani Swab Test di Kg Pamilaan

Rabu

20/01/2021

KKM menyasarkan hampir 100 orang penduduk di kampung ini untuk menjalani ujian calit atau Swab test kedua dan pertama bagi kontak rapat baharu. Ujian besar-besaran ini  dibuat susulan peningkatan jangkitan baharu wabak Covid-19.
        Terdahulu, ujian saringan pertama jenis RTK telah dibuat pada 14hb dan 16hb Januari 2021 melibatkan kumpulan sama. Manakala ujian kedua pada kali ini merupakan ujian pengesahan diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (rRT-PCR) . Ujian ini mempunyai kelebihan untuk mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dan dalam jumlah yang besar. 

     Ujian Swab test yang diadakan di Dewan St.Paul ,Gereja St Peter Pamilaan mendapat kerjasama penuh daripada penduduk yang datang seawal 9.30 pagi. Penduduk yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur,daripada kanak-kanak hingga warga emas. Walaupun dalam jumlah yang ramai, mereka tetap menjaga S.O.P penjarakkan fizikal satu meter. 

  Pengerusi KRT Pamilaan Ulu, En Steve Albourne Leo yang juga merupakan seorang kakitangan KKM mengingatkan penduduk di kampung ini agar tidak ada pergerakan keluar kawasan rumah bagi yang di kuarantin dan perkumpulan yang melibatkan jumlah yang ramai. Beliau turut menegaskan agar tidak ada majlis aramaiti buat masa ini bagi membendung serta demi memutuskan rantaian Covid-19 di kampung ini khususnya.

Ujian calit siap sepenuhnya lebih kurang jam 1 petang. Kita Jaga Kita.


Kakitangan KKM mengemaskan peralatan mereka


Penduduk menunggu nama dipanggil untuk diuji

Gambar oleh : Rick Marthell & Hillary Julian

Artikel : Joe Milan

Friday, January 15, 2021

Team belia RSS hulur bantuan kepada keluarga yang di kuarantin

Kumpulan belia hulur bantuan kepada keluarga yang di kuarantin

13 Januari 2021 (Selasa)

Ahli RSS dari kiri: Hermon, Christiansen, Hillary dan Kenneth


Sekumpulan belia yang dikenali sebagai 'Team belia RSS' mengambil inisiatif dan tanggungjawab bertindak menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga yang dikuarantin di Tebobon dan Bobodok Pamilaan. Bantuan yang disampaikan berupa set bakul makan seperti beras,telur,minyak makan dan sebagainya.

Bercakap bagi pihak Team RSS, saudara Hillary Julian berkata, mereka membuat keputusan menghantar bantuan tersebut kepada 5 keluarga yang berkuarantin memandangkan mereka tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana untuk membeli keperluan. Beliau juga berharap agar bantuan yang diberikan serba sedikit telah dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.

Ketika ditanya, menurut saudara Hillary lagi, dana bantuan tersebut adalah daripada sumbangan ikhlas ahli Team RSS sendiri. Beliau menambah, idea tersebut dicetuskan oleh salah seorang ahli iaitu saudara Christiansen Sukim.

Saudara Christiansen pula sempat membuat gesaan agar terus memberi sokongan dan doa kepada pesakit yang dijangkiti penyakit Covid-19 agar cepat sembuh serta membuang stigma negatif masyarakat terhadap pesakit Covid-19 ini.

# 'Team belia RSS' merupakan sebuah group WhatsApp yang terdiri daripada 23 ahli belia lelaki setakat ini.
Salah seorang yang membuat kuarantin kendiri di sulap kebunnya





Keluarga yang kuarantin kendiri di Bobodok









Gambar oleh: Christiansen dan Hillary.
Artikel: Joe Milan


 
 
Blogger Templates