Siri
II
Oleh
HENRY BATING
KOLAM
D’Sebrang yang telah menjana puluhan ribu ringgit hasil penyertaan pertandingan
memancing Februari kalangan pengunjung kiranya dapat melanjutkan lawatan ke pelbagai
lokasi menarik yang sedang lalu bakal menjadi pintu masuk ke pelbagai destinasi
pelancongan yang ada di Zon Utara Melalap. Laluan pelancongan itu bakal
direalisasikan apabila zon itu mula menerima kehadiran pelancong sempena Tour
de’ Pamilaan 2014 (TdP2) pertengahan tahun ini. Pelbagai destinasi itu
melibatkan Pamilaan, Ulu Tepoh, Lindopon, Pangalat, Jawa dan Sumbiling.
Pengusaha
Kolam D’Sebrang, Zamri Hj Hashim berkata sejak dibuka tahun lalu, pihaknya
telah menerima kunjungan ramai dan adalah baik bagi dimajukan di zon itu.
Pelbagai
destinasi yang ada ketika ini termasuklah Taman Rekreasi Batu 15, Kebun
Rekreasi Lindopon, lokasi kapal perang terhempas di Ulu Pangalat, Taman Rekreasi, Perkemahan dan Perkelahan
Sukim Sarat, Piolungan pertemuan dua kuala sungai, Tapak Perkemahan Leo,
Perkampungan Tradisi Pamilaan Villa, kubu tentera Jepun di Mosolog dan Taman
Banjaran Crocker Ulu Sumbiling.
Demi
merealisasikan hasrat tersebut dengan lancar, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Melalap,
Simon Mamat meminta Persatuan Alumni St Pius yang menyelaras tempat-tempat
berkenaan agar mengemukakan butiran tarikan setiap lokasi bagi membolehkan
pentadbiran daerah memasukkan zon berkenaan ke dalam peta destinasi pelancongan
daerah Tenom.
BELIA
menjadi sebahagian tonggak
memulihara destinasi pelancongan.
|
Simon
menambah, Majlis Pelancongan Daerah Tenom yang sudah wujud sejak sekian lama
bakal diaktifkan dengan melibatkan pelbagai pihak yang mengusahakan sektor
pelancongan dan berharap dapat memasukkan zon utara Melalap sebagai destinasi
baharu.
Taman
Rekreasi Batu 15 merupakan kawasan perkelahan sungai yang lengkap dengan
kemudahan mandi-manda, pemanggangan, pondok dan rumah inap. Manakala Kebun
Rekreasi Lindopon merupakan gabungan kolam ikan, kebun buah-buahan, tapak
perkemahan dan trekking.
Sementara
itu, Piolungan tempat pertemuan dua kuala sungai dan Tapak Perkemahan Leo
dibangunkan dengan mengekalkan keaslian tumbuhan dan permukaan tanah. Di
Piolungan bakal ditawarkan kepada pengkaji bidang biologi, agronomi atau
klimatologi untuk menyelongkar misteri perbezaan suhu dan tumbuhan dua batang
sungai yang bertemu itu. Manakala di Tapak Perkemahan Leo menawarkan suasana
mencabar bagi perkemahan melakukan pelbagai aktiviti termasuk mempelajari
kemahiran menoreh getah dan bersawah.
MOTOSIKAL
empat roda yang terdapat di Kebun Rekreasi Lindopon.
|
Perkampungan
Tradisi Pamilaan Villa yang memiliki lima buah rumah tradisi suku kaum Dusun
Tambunan menawarkan suasana kehidupan lama masyarakat itu melalui interaksi
Kaamatan. Pesta boleh diadakan pada bila-bila masa kepada perantau yang tidak
sempat meraikan perayaan itu di kampung sendiri. Kubu tentera Jepun di Mosologi
pula adalah tinggalan yang kian terhakis, tempat di mana kapal perang Australia
ditembak sebelum jatuh di Ulu Pangalat. Di kubu itu penduduk kampung menerima
cerita tentang keperitan hidup tentera Jepun pada akhir zaman pendudukan mereka
di Borneo Utara.
Tidak
jauh dari tempat itu, pihak Taman Sabah telah membuka Taman Banjaran Crocker di
Ulu Sumbiling yang kini menjadi lokasi kajian bagi habitat fauna dan flora.
Tempat ini juga boleh dikunjungi orang ramai sepanjang masa.
Baik
Ketua Kampung Kg Pamilaan, KK Johnny Borok mahupun Ketua Kampung Kg Ulu Tepoh,
KK Taimin Majigi, mereka sama-sama berharap agar pihak kerajaan dapat memberi
perhatian terhadap penyediaan kemudahan awam di tempat-tempat pelancongan yang
sedang diusahakan.
Lawatan
tapak tempat-tempat pelancongan hujung minggu lalu diketuai Pengerusi Persatuan
Alumni St Pius, Philip Basalant diiringi pengusaha Wasai Tour, Justina Datuk
Dusing.
KEBUN
Rekreasi Lindopon dari satu sudut pandangan.
|
GABRIEL
mengiringi Philip dan rombongan meninjau Kebun Rekreasi miliknya.
|
ZAMRI
memberi taklimat kepada Justina mengenai Kolam D’Sebrang.
|
SUASANA
pertandingan memancing di Kolam D’Sebrang.
|
KOLAM
D’Sebrang tenang mengalu-alukan pengunjung.
|
ROMBONGAN
lawatan tapak bergambar di Kolam D’Sebrang
|
Oleh : Henry Bating