Siri
I/II
Oleh
HENRY BATING
DUKARUK
dimasak campur tuntul (siput sungai).
|
VARIABEL
kajian saintifik mengenai habitat ‘Dukaruk’ ditemui di Piolungan. Piolungan
adalah tempat dua kuala sungai bertemu iaitu Sungai Pamilaan di sebelah kanan
dan Sungai Tailaan di sebelah kiri. Piolungan terletak di Pamilaan Villa 23km
dari Pekan Tenom. Dua batang sungai itu menyerlahkan ciri berbeza.
Ketua
Belia Pamilaan Villa, Julius Elip memberitahu suhu air di Sungai Pamilaan agak
dingin manakala suhu air di Sungai Tailaan agak panas. Julius menambah, di
sepanjang Sungai Pamilaan tumbuh liar subur di tebing dan batu berlumut satu spesies
sayuran yang dalam dialek Dusun disebut ‘Dukaruk’ di mana tumbuhan itu tidak
terdapat di sepanjang Sungai Tailaan.
Dalam
lawatan tapak pelbagai destinasi pelancongan yang sedang diusahakan, Pengerusi
Persatuan Alumni St Pius, Philip Basalant menegaskan bahawa ciri berbeza dua
batang sungai itu memerlukan kajian lanjut.
“Ciri
berbeza di dua batang sungai itu dapat dijadikan fokus kajian saintifik yang
boleh ditawarkan kepada para pengkaji. Pertama sekali, kita perlu memastikan
validiti data itu di samping mengumpul faktor-faktor berkaitan untuk dijadikan
asas kalangan saintis untuk datang menjalankan kajian,” kata Philip graduan
major Ukur Tanah dari United Kingdom.
DUKARUK
tumbuh di tebing sungai dan pada batu berlumut.
|
Dukaruk
adalah tumbuhan spesies keladi berwarna hijau. Dukaruk biasanya tumbuh di
tebing-tebing sungai. Daun, batang dan ubi Dukaruk boleh dimasak sebagai
hidangan. Dukaruk biasa dimasak campur ikan, tuntul (siput) atau pandit (usus
halus) kijang. Masyarakat setempat sejak dahulu-kala telah menjadikan ‘Dukaruk’
sebagai sebahagian hidangan istimewa yang ternyata selamat dimakan kerana asli
dan tidak tercemar oleh sebarang bahan kimia. Sayuran Dukaruk juga kadangkala
dijual di tamu.
Dalam
lawatan tapak tersebut, sebanyak enam lokasi dilawati rombongan kira-kira 30
orang dalam konvoi 10 motosikal dan 11 buah kenderaan. Destinasi pertama adalah
di Kebun Rekreasi Lindopon milik Gabriel Etim, kedua Kolam D’Sebrang milik
Zamri Hj Hashim, ketiga Taman Rekreasi, Perkemahan dan Perkelahan milik Sukim
Sarat, keempat Piolungan pertemuan dua kuala sungai, kelima Tapak Perkemahan
Leo dan keenam Perkampungan Tradisi Pamilaan Villa. Selesai lawatan tapak, mesyuarat
diadakan di Dewan Sarat, Lologubon.
PERTEMUAN
Sungai Pamilaan (kanan) dan Sungai Tailaan (kiri) serlah variabel kajian
saintifik.
|
Dalam
reaksinya ketika mesyuarat, Sami menyatakan pihaknya akan memanfaatkan
keistimewaan semua lokasi yang dilawati apabila pihaknya mengadakan perkemahan
pengakap.
“Seperti
yang kita maklum, aktiviti pengakap melibatkan persekitaran alam semulajadi.
Pengakap memerlukan kawasan hutan, pengakap juga memerlukan kawasan sungai dan
yang paling penting amatlah baik kiranya tapak perkemahan mempunyai kemudahan
asas seperti bekalan air, elektrik, tandas awam dan tapak khidmat masyarakat
seperti bersawah dan berkebun,” kata Sami.
Sami
yang turut diiringi dua pemimpin pengakap menambah, “sepanjang lawatan tapak
tadi, kami mendapati pohon-pohon kayu semulajadi yang dibiar tumbuh di
seberang-menyeberang sungai amat sesuai direntangkan tali untuk aktiviti flying
fox.”
Menurut
Sami, pihaknya juga berharap dapat menubuhkan satu pasukan pengakap kembara di
Pamilaan bagi membantu usaha merangsang pertumbuhan pelancongan kampung itu
yang berasaskan perkemahan, perkelahan, trekking, kolam rekreasi dan kebun
buah-buahan.
SAMI (kanan) adakan perbincangan menentukan tapak perkemahan pengakap |
Kebun
Rekreasi Lindopon dan Kolam D’Sebrang telah diusahakan sejak beberapa tahun
lalu dan sudah mula menerima kehadiran pelancong. Manakala Taman Rekreasi Sukim
sedang dalam pembinaan untuk dijadikan sebagai mini resort, sementara Piolungan
dan Tapak Perkemahan Leo dikekalkan dalam keadaan semulajadi tanpa mengganggu
bentuk permukaan bumi.
Siri
akhir esok mengupas ciri-ciri pelancongan yang ditawarkan di setiap enam lokasi
pelancongan tersebut.
KOMBINASI
sungai dan hutan jadi tapak sesuai perkemahan pengakap.
|
TAMAN
rekreasi yang mengekalkan pohon kayu semulajadi bakal jadi tapak uji kemahiran
pengakap.
|
SUKIM
memberi taklimat kepada Philip dan Justina mengenai mini resort yang
diusahakannya.
|
PENGAKAP
boleh melakukan aktiviti ‘flying fox’ di tempat ini.
|
JULIUS
(kiri) bersama Belia Pamilaan Villa tunggak melestari destinasi pelancongan.
|
Keratan akhbar Utusan Borneo edisi 11 Mac 2014 |
1 comment:
Sgt menarik..moga sentiasa maju jaya
Post a Comment