Ads 468x60px

Wednesday, July 10, 2013

Perlawanan Bola Sepak Anjuran Belia Kampung Pamilaan 2013 (Gambar)

Tarikh: 30/5/2013

Beberapa siri bergambar  anjuran perlawanan Bola Sepak 7 sebelah sempena pesta Kaamatan Kampung Pamilaan 2013.

7 Pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut adalah:
                                         
                                        1. Milan Junior FC
                                        2. Nasadu FC
                                        3. Milan Akademi
                                        4. Milan United FC
                                        5. 4Milan
                                        6. Ultep FC
                                        7. Alab FC

Pertandingan itu dimenangi oleh :
                                                    1. Milan United FC
                                                    2. Alab FC

Meja Urusetia












4Milan Vs Alab FC
Ultep FC Vs Milan United FC
Pasukan 4Milan
Milan Junior FC Vs Milan Akademi
Ultep FC Vs Nasadu FC

Sunday, July 7, 2013

Kaamatan Kampung Pamilaan 2013

Pemenang Sugandoi Kaamatan Kampung Pamilaan 2013

 

Persembahan selingan oleh Artis Sabah, Apiang Sausun.

Pemenang Ratu Ibu Kampung Pamilaan sempena Kaamatan 2013, 
dimenangi oleh Puan Rosiah John .

 Pemalu gong mengiringi perarakan masuk YB Radin Malleh.


Ucapan daripada En. Stanley Leo selaku pengerusi penganjur perayaan Kaamatan.
 Ucapan Perasmian YB Radin Malleh






     Kemeriahan pesta kaamatan peringkat kampung Pamilaan sekali lagi dirasai kehangatannya dengan penganjurannya dilakukan pada 7 Jun 2013.  Pesta itu yang menggunakan tema 'Tilombuso Piunungan Om Pirotian Maya Kaamatan' nyata berjaya diterjemahkan melalui kerjasama serta kehadiran seluruh penduduk kampung dalam pesta tersebut. Pesta kaamatan peringkat kampung Pamilaan pada tahun ini dipengerusikan oleh En Stanley Leo .

Walaupun penganjuran pada tahun ini 'berbajet' sederhana namun hal ini tidak sedikit pun mencacatkan kemeriahan majlis malahan pada pandangan admin, inilah penganjuran yang paling tersusun, kemas, mempunyai pembaharuan dari segi gimik pembukaan, acara pentas, dekorasi dan sebagainya. Penganjur dan seluruh ahli jawatankuasanya berjaya menggunakan kesempatan ini mengajak seluruh lapisan penduduk kampung pamilaan mengenal erti perpaduan, kerjasama, kesatuan serta kekitaan.

Berjayanya majlis ini sebenarnya bukan hanya diukur pada saat majlis tersebut berlangsung tetapi harus dilihat dari segi bagaimana penganjur serta ahli jawatankuasanya serta dibantu penduduk kampung membuat persediaan majlis ini dari awal lagi. Admin difahamkan bahawa pihak penganjur telah membuat persediaan sebulan awal daripada tarikh pesta tersebut dan semakin rancak dalam seminggu yang terakhir. Dan sesungguhnya majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa kerjasama daripada semua pihak termasuk penduduk kampung yang memainkan peranan. Hal ini sangat bertepatan dengan tema Pesta Kaamatan 2013.Diharapkan semangat seumpama ini dapat dikekalkan sampai bila-bila demi kelestarian perpaduan.

Pesta Kaamatan Kampung Pamilaan 2013 yang bermula pada jam 3 petang, diresmikan oleh YB Radin Malleh. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa artis atau penyanyi KadazanDusun, Murut seperti Edward Emih, Apiang Sausun, David Joseph dan banyak lagi.

Antara acara pentas yang berjaya menarik perhatian pengunjung adalah , Pertandingan Ratu Ibu(Ala Unduk Ngadau), Pertandingan bercerita dalam KadazanDusun, Pertandingan Nyanyian (Sugandoi) , Pertandingan Tapai terbaik dan banyak lagi.



P/S : Gambar dan Video sepanjang majlis tersebut berlangsung boleh didapati daripada saudara John Francis dalam bentuk DVD. Sila berhubung dengan beliau sekiranya berminat.

Wednesday, October 10, 2012

Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Pamilaan 2012

       
        Pesta Kaamatan atau 'Tadau Kaamatan' merupakan acara yang sudah menjadi kewajipan disambut dan dirayakan pada setiap tahun di kampung ini. Pesta ini diadakan sebagai menandakan selesainya musim menuai khasnya di kampung ini. Pada tahun ini pesta Kaamatan diadakan pada 27 Jun 2012. Perayaan ini disambut secara 2 dalam 1 iaitu Pesta Kaamatan peringkat Kampung Pamilaan serta menyambut hari Ulang tahun ke-19 Keuskupan Keningau 2012. Pengerusi penganjur perayaan kali ini ialah saudara Stanly Leo yang juga merupakan pengerusi KUK St.Peter Pamilaan. Pesta ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Radin Maleh, Adun N.35 Melalap, merangkap pembantu menteri kepada ketua menteri. 

       Pada setiap tahun penganjuran pesta ini, pastinya banyak acara atau aktiviti menarik yang diadakan oleh Ajk penganjur. Antaranya ialah pertandingan bola sepak, acara-acara sukaneka, menyumpit, melastik, pertandingan masakan tradisional (antara KKD). Manakala antara acara yang diadakan pada sebelah malamnya saat perayaan berlangsung adalah pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi (menyanyi), Bina badan (kanak-kanak), bercerita dalam Bahasa Dusun serta persembahan bermain alat muzik tradisional.

Upacara pemotongan kek perasmian oleh YB Datuk Radin Maleh dan Fr. Gilbert Engan diiringi En Stanly serta pemimpin-pemimpin kampung Pamilaan.
YB Radin Maleh menyerahkan kerusi kepada En.Stanly Leo

     
    Dalam perayaan ini, YB Datuk Radin maleh telah menyumbangkan 100 buah kerusi plastik untuk kegunaan penduduk kampung di sini.Beliau juga menyatakan dalam ucapan ringkasnya bahawa akan memberikan dana untuk membuat pagar di sekeliling dewan serta gereja kampung pamilaan.

Antara acara-acara menarik yang diadakan pada hari tersebut..

Pertandingan masakan Tradisional







Pertandingan Sugandoi 










Pertandingan Unduk Ngadau











 Antara Pengadil-pegadil pertandingan yang terlibat,









     Pesta Kaamatan kali dianggap paling berjaya dengan kelancaran perjalanan majlis tersebut. Kerjasama dan komitmen daripada semua Ajk penganjur sangat baik telah menghasilkan satu sejarah dalam penganjuran Pesta Kaamatan kali ini. Di harapkan agar kerjasama seumpama kali ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang.

Oleh Joe Milan..
 
 
Blogger Templates