Siri
4 (Akhir)
Oleh
HENRY BATING
|
PHILIP
BASALANT
|
HOMESTAY
Pamilaan mempunyai kriteria yang diperlukan oleh kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) untuk menjalankan penyelidikan bahasa, sastera dan
budaya termasuk mengadakan khidmat masyarakat berkaitan warisan tradisi.
Rosliah
Kiting, Pensyarah Kanan bahasa Kadazandusun di Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak memberitahu
pelajar di fakulti itu memiliki program tinggal bersama penduduk kampung untuk
menjalankan penyelidikan dan khidmat masyarakat dalam tempoh pengajian mereka.
“Aktiviti
pelajar bersama penduduk disusun rapi di mana pada kebiasaannya mereka berada
di suatu perkampungan dalam tempoh sehingga lima hari,” kata Rosliah ketika
memberi reaksi selepas menyertai majlis sambutan rombongan tetamu pertama di
Homestay Pamilaan yang terletak di lereng pinggir dataran tanah tinggi
Lologubon, kira-kira 25km dari Pekan Tenom 1 Disember lalu.
Rosliah
menyatakan bahawa sumber-sumber yang terdapat di kampung itu seperti warga emas
sebagai responden pengetahuan tradisi, alam semulajadi untuk mengambil sampel
kajian, cara hidup bercucuk-tanam,
berternak dan generasi yang masih menuturkan bahasa Kadazandusun amat sesuai sebagai
lokasi pelajar memperkembangkan teori yang mereka pelajari di kampus.
“Sejauh
penyelidikan dan khidmat masyarakat bekaitan dengan bahasa, sastera, budaya dan
masyarakat Kadazandusun, maka Homestay Pamilaan ini memiliki kriteria untuk
dijadikan sebagai lokasi,” kata Rosliah.
|
ROSLIAH
KITING
|
Rosliah
menambah, projek kajian dan khidmat masyarakat pelajar universiti itu pada
kebiasaannya diakhiri dengan seminar, simposium atau malahan kongres juga boleh
diadakan dengan menjemput para penyelidik membentangkan hasil kajian mereka.
“Seminar
atau kongres itu bukan sekadar untuk peringkat daerah atau negeri, malahan
untuk peringkat kebangsaan sekalipun boleh diadakan dan saya melihat Homestay
Pamilaan mampu menjadi venue kepada program yang besar seperti itu,” kata
Rosliah yang berasal dari Tamparuli.
Pengerusi
Persatuan Alumni St Pius Pamilaan, Philip Basalant yang menyambut baik potensi
Homestay Pamilaan menjadi tempat pelaksanaan Kongres Bahasa Kadazandusun
Peringkat Kebangsaan memaklumkan bahawa lokasi yang sedang dimajukan menjadi
destinasi pelancongan itu sudah memiliki kemudahan asas yang minimum dan sedang
diperkembangkan untuk menampung keperluan rombongan yang datang.
“Tujuan
kami selain membuka peluang baru sumber ekonomi kepada penduduk, kami juga
berusaha untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung untuk mengendalikan
program-program yang melibatkan masyarakat umum peringkat negeri dan kebangsaan,”
kata Philip pesara Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.
Dalam
tempoh enam bulan ini, Alumni St Pius telah menyusun rangka kerja untuk
memperkenalkan tiga pakej pelancongan meliputi pakej perkemahan, pakej
penggambaran tradisi padi dan penghasilan kraf.
Penasihat
Persatuan Alumni St Pius, Stanley P Hill dalam ucapannya menyatakan sebagai
penasihat, pihaknya memberi sokongan penuh terhadap apa saja program yang
dijalankan persatuan khususnya dalam menjadikan Homestay Pamilaan sebagai
destinasi penting pusat lawatan, pusat kajian dan pusat persidangan.
Di
dataran tanah tinggi Lologubon tempat letaknya lokasi Homestay Pamilaan turut tersedia
padang permainan, dewan yang dilengkapi kemudahan audio-visual, pentas dan
ruang perhimpunan. Kira-kira 5km dari tempat ini terdapat air terjun (Wasai)
Pamilaan yang menawarkan pengembaraan lasak pacuan empat roda, motosikal dan
berjalan kaki.
Di
rumah-rumah penduduk, rombongan pelawat boleh menjalankan pelbagai aktiviti
seperti menjala, melastik, menarik kerbau, rampanau dan bermain gasing. Sawah
penduduk turut mengalu-alukan pelawat mencuba bertani manakala kebun getah yang
luas menawarkan kesempatan kepada pelawat untuk mencuba kemahiran menoreh.
Stanley
diberi penghormatan menjadi rombongan tetamu pertama di lima buah rumah tradisi
itu sebagai junjungan kasih terhadap komitmen beliau menjadi Guru Besar St Pius
Pamilaan sejak sebelum kemerdekaan antara 1962-1966. Nama Stanley turut
diabadikan pada papan tanda jalan homestay sebagai simbol kejayaan kalangan
bekas muridnya memperbaiki kehidupan.
Turut
hadir Ketua Kampung, KK Johnny Borok dan pengusaha Olumis Batik Borneo, Justina
Datuk J.B. Dusing.
Sebarang
pertanyaan mengenai pelancongan di Pamilaan boleh disampaikan kepada Setiausaha
II, Stanly Leo di nombor 0198120553, Philip (0198830535) dan Justina (0195884535).
|
STANLEY
merasmikan ‘Jalan Homestay Pamilaan Mr Stanley P Hill’
diperhatikan Philip dan Stanly Leo (kiri)
|
|
STANLEY
bergambar bersama sebahagian bekas pelajarnya
di St Pius Pamilaan ketika
menjadi Guru Besar 1962-1966
|
|
STANLEY
diiringi Stanly Leo disambut penduduk
|
|
STANLEY beramah-mesra dengan penduduk sambil
menunjukkan ‘suki linutau komis’
|
|
DARI
kiri Justina, Philip, Stanley, isteri dan rombongan
memerhatikan persembahan di
hadapan rumah tradisi
|
|
SAMBUTAN
‘sinompuru’ dan kanak-kanak bercerita beramai-ramai
menyambut ketibaan
rombongan tetamu ke rumah tradisi
|
|
SEBAHAGIAN
hadirin yang turut serta meraikan sambutan
tetamu di rumah-rumah tradisi
Homestay Pamilaan
|
|
ANGELINE
Francis ketua rumah Lologubon memberi taklimat kepada tetamu
|
Oleh
HENRY BATING
6 Dis 2013 @UtusanBorneo, Rencana.