Penduduk kampung Pamilaan khususnya yang tinggal di kawasan Lologubon berharap agar pembikinan jalan yang menghubungkan Lologubon dan Pamilaan tengah dapat dibina dengan kadar segera. Hal ini kerana jalan sepanjang kira-kira 500m itu terbukti mampu memendekkan jarak perhubungan antara dua tempat ini. Pada masa kini, cuma satu jalan yang lazimnya digunakan oleh penduduk kampung disini iaitu sepanjang 3km. Maka dengan penyelengaraan jalan serta pembinaan 'culvert' di kawasan jalan ini semestinya memberi manfaat besar kepada seluruh penduduk kampung di sini. Jalan sepanjang 500m ini meliputi laluan ke Tanah perkuburan Islam dan Kristian.
Pada masa kini, pembinaan 'culvert' serta penyelengaraaan jalan di kawasan ini sudah pun di mulakan namun, kebelakangannya dilihat terbengkalai dan tidak disiapkan sepenuhnya. Hanya motorsikal sahaja yang dapat melalui jalan ini dan tidak kepada kenderaan lain. Penduduk kampung yang inginkan penjelasan berkaitan dengan penyelengaraan jalan ini tidak tahu ke mana harus mengadukan persoalan ini memandangkan kontraktor projek tersebut tidak meletakkan papan tanda di tapak projek tersebut.
Tinjauan rambang yang dibuat kepada lebih 20 orang responden di kampung ini, iaitu melalui bual bicara secara spontan minggu lepas, menunjukkan 100 peratus mengakui penyelengaraan jalan ini sememangnya mampu memberikan manfaat besar kepada penduduk kampung Lologubon khususnya. Namun terdapat dua pendapat yang diberikan oleh penduduk kampung iaitu yang menyokong penuh dan menyokong namun bersyarat.
Penduduk kampung kampung yang menyokong penuh pembinaan 'culvert' dan penyelengaraan jalan di kawasan ini sememangnya sudah melihat akan satu kebaikan yang dapat digunapakai bersama kelak. tanpa sebarang bantahan Bagi penduduk kampung yang menyokong dengan bersyarat, mereka meminta agar sebelum jalan tersebut dibuka, semua pagar dawai yang terdapat di kawasan 'paun' perlu diselanggara terlebih dahulu. Selain itu, pembinaan pintu pagar di kawasan culvert tersebut juga perlu di buat terlebih dahulu. Hal ini kerana kebimbangan mereka akan keselamatan serta kes kecurian haiwan ternakan (lembu,kerbau) yang semakin menjadi-jadi. Menurut mereka, keadaan jalan ini adalah sunyi dan membimbangkan. Kebimbangan mereka ini lebih merujuk kepada keselamatan haiwan ternakan mereka namun mengakui pembinaan jalan di kawasan ini sememangnya satu usaha yang baik.Namun menurut seorang bekas pemimpin di kampung ini, terdapat masalah lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kenderaan dibenarkan melelui culvert tersebut, di mana pagar dawai sejauh tiga rantai (200 kaki) perlu di buka dan dicantumkan ke tepi pintu pagar kiri dan kanan culvert terbabit.
Maka dengan itu penduduk kampung amat berharap agar penyelengaraan jalan Pamilaan Tengah- Lologubon ini dapat disiapkan secepat mungkin setelah mengambil kira keperluan serta syarat yang diberikan demi keselesaan bersama.
Laluan yang hanya dapat dilalui oleh motorsikal |
Pemandangan Culvert yang belum siap sepenuhnya |
Oleh Joe Milan
Freelance Journalist
2 comments:
Setuju dengan pandangan ini..
mimang do osonong kiharo ralan tosomok hiti, nga poingkuro di it sapi2 ngawi dii?
Post a Comment