Hampir 100 Penduduk Jalani Swab Test di Kg Pamilaan
Rabu
20/01/2021
KKM menyasarkan hampir 100 orang penduduk di kampung ini untuk menjalani ujian calit atau Swab test kedua dan pertama bagi kontak rapat baharu. Ujian besar-besaran ini dibuat susulan peningkatan jangkitan baharu wabak Covid-19.
Terdahulu, ujian saringan pertama jenis RTK telah dibuat pada 14hb dan 16hb Januari 2021 melibatkan kumpulan sama. Manakala ujian kedua pada kali ini merupakan ujian pengesahan diagnostik real-time reverse-transcription polymerase chain reaction (rRT-PCR) . Ujian ini mempunyai kelebihan untuk
mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dan dalam jumlah yang besar.
Ujian Swab test yang diadakan di Dewan St.Paul ,Gereja St Peter Pamilaan mendapat kerjasama penuh daripada penduduk yang datang seawal 9.30 pagi. Penduduk yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur,daripada kanak-kanak hingga warga emas. Walaupun dalam jumlah yang ramai, mereka tetap menjaga S.O.P penjarakkan fizikal satu meter.
Pengerusi KRT Pamilaan Ulu, En Steve Albourne Leo yang juga merupakan seorang kakitangan KKM mengingatkan penduduk di kampung ini agar tidak ada pergerakan keluar kawasan rumah bagi yang di kuarantin dan perkumpulan yang melibatkan jumlah yang ramai. Beliau turut menegaskan agar tidak ada majlis aramaiti buat masa ini bagi membendung serta demi memutuskan rantaian Covid-19 di kampung ini khususnya.
Ujian calit siap sepenuhnya lebih kurang jam 1 petang. Kita Jaga Kita.
Kakitangan KKM mengemaskan peralatan mereka |
Penduduk menunggu nama dipanggil untuk diuji |
Gambar oleh : Rick Marthell & Hillary Julian
Artikel : Joe Milan
1 comment:
Semoga yg positif cepat sembuh dan kembali sihat. Kepada yang masih kuarantin, jgn keluar rumah ya. Tuhan memberkati
Post a Comment