Ads 468x60px

Sunday, November 27, 2016

Tutorial Cara Keluarkan Duit Google Adsense melalui Western Union

Hai, dalam entry kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengeluarkan wang yang kita dapat melalui Google Adsense. Terdahulu saya telah mengongsikan kepada anda satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang di internet melalui Youtube. SILA BACA DISINI ..



Nah, maka setelah kita menerima email daripada Google Adsense bahawa jumlah terkumpul wang kita sudah mencapai 100USD, Maka kita boleh lah mengeluarkannya. Google Adsense akan mengirimkan email yang mengandungi nombor keselamatan MTCN atau Money Transfer Control Number. Nombor ini adalah rahsia sehingga anda berjaya mengeluarkan wang ini. Terdapat beberapa cara kita mengeluarkan atau mencairkan wang ini , antaranya melalui cek,moneygram dan western union. Tetapi kali ini saya hanya akan berkongsi kepada anda cara cairkan wang tersebut melalui Western Union.

MENGAPA WESTERN UNION??

# Cara yang paling pantas, mudah, 10 minit siap!!
# Tiada Charge yang dikenakan.
# Kebanyakan bank di Malaysia ada perkhidmatan Western Union. CIMB, MAYBANK, BSN, AMBANK. dan banyak lagi.

Cara- Caranya;
1. Print penyata resit yang google Adsense kirim melalui Email. Contoh gambar di atas. Bawa ke mana-mana bank, dalam konteks ini saya telah pergi ke Ambank. Sesetengah pegawai bank tidak percaya bagaimana google boleh bagi kita wang ini..hehe.. Paling cikai pun kamu boleh snap atau printscreen gambar email melalui telefon anda. Saya pernah cuba juga. :)

2.Pegi bank dan ambil borang PENERIMAAN WANG TUNAI , WESTERN UNION. Isikan selengkapnya, tulis nama anda seperti dalam IC, ALAMAT, JUMLAH WANG YANG INGIN DIKELUARKAN..ini anda cuma tulis sahaja jumlah yang tertera di email anda. Alamat pengirim, contoh Google INC, Singapore. Atau Google Asia Pasific, maklumat ini semuanya ada dalam email yang dikirim..tulis saja. Tulis pekerjaan anda, Hubungan penerima dengan pengirim, tulis PELANGGAN.
Tujuan Transaksi tu anda tulis PENGIKLANAN. Selesai.

3. Hantar ke kaunter. Jangan lupa pula Kad pengenalan. Tunggu dalam 5-10 minit , Pegawai bank panggil dan bagi duit cash. Biasanya jadi lama di kaunter sebab pegawai bank bertanya bagaimana kita dapat duit dari google..hehe.. Jumlah wang yang diterima adalah bergantung kepada rate semasa bank berkenaan. Dalam contoh ini.. rate semasa adalah 1 USD= RM 4.34, Tapi rate BUY Ambank adalah 1USD= RM 4.11.,Tp tak kisah lah sikit saja..yang penting duit ini adalah free, yang kita perlukan cuma kesungguhan.. :)

Ini adalah contoh resit setelah kita berjaya keluarkan wang tersebut.

Jadi, jumlah keseluruhan adalah RM 417.92. Lepas la makan minum untuk sebulan.

SELAMAT MENCUBA. :)
 
 
Blogger Templates