13 Mac 2012
Selepas semua perancangan diatur, saya bersama dengan 8 orang yang lain bergerak menyusuri jalan menuju ke destinasi dijanjikan iaitu Air Terjun yang terletak di hulu sungai Kampung Pamilaan. Kami akan bermalam di sana untuk semalaman. Tujuan kami bermalam di situ adalah kerana ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di kawasan tersebut yang agak menarik, sejuk, nyaman serta jauh dari kawasan perkampungan. Kawasan ekosistemnya belum terganggu lagi dan kita masih berpeluang mendengar kicauan burung yang pelbagai.
Perjalanan menuju ke destinasi tersebut tidak seperti yang dijangkakan dan penuh dengan cabaran. Keadaan jalan yang sedikit berlubang menyukarkan kami sampai ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Kami menjangkakan akan sampai dalam masa 15-20 minit berdasarkan kepada jangkaan jarak iaitu 3-4KM dari kawasan perkampungan. Bertolak pada pukul 3.15 petang berserta dengan barang keperluan yang agak berat menyebabkan kami sampai ke puncak di mana kami akan meletakkan motosikal ,ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3.55 petang. Selesai disitu, kami mula berjalan kaki meredah hutan , melalui denai sambil menuruni bukit yang agak curam. Perjalanan dari tempat letak motosikal ke kawasan air terjun mengambil masa 20minit lagi. Jalan ke tempat tersebut benar-benar mencabar kerana bukan sahaja curam malah sangat licin dan terpaksa lebih berhati-hati untuk menuruni bukit tersebut.Kami sampai ke tapak dimana kami akan mendirikan khemah pada pukul 4.18pm. Walaupun masih berasa penat, jelas kepuasan terpampang di wajah setiap peserta kerana akhirnya satu pengalaman bakal dimiliki kelak.
Selepas berehat sebentar, kami terus mengagihkan tugas kepada beberapa bahagian Dalam kumpulan ini tidak mempunyai ketua yang bertindak mengarahkan orang lain membuat tugasan. Setiap peserta sudah tahu akan tugas yang perlu dilakukan. Dua orang daripada kami bergerak mencari sebanyak mungkin kayu api yang akan digunakan untuk memasak, memanaskan badan serta acara unggun api pada waktu malam nanti. Sementara yang lain menyediakan khemah dan perlu disiapkan secepat mungkin kerana pada waktu itu hujan renyai-renyai sudah mula membasahi badan. Dalam keadaan tersebut kesejukkan mulai dirasai setiap peserta namun kerana semangat yang kental semuanya tidak menjadi penghalang.
Pada pukul 5.20pm, kawasan tersebut sudah mula gelap.Mungkin disebabkan oleh persekitarannya yang dipenuhi dengan pokok tinggi berkanopi dan melitupi kawasan khemah kami. Seorang rakan bergegas mengambil beras berserta periuk nasi untuk dibasuh sebelum dimasak. Tugas ini perlu dilakukan dengan cepat sebelum semuanya terlambat. Walau bagaimana pun kami mengalami sedikit masalah semasa cuba menghidupkan api untuk memasak. Keadaan kayu api agak lembab ditambah pula dengan hujan yang masih turun mencurah-curah. Kami perlu bertindak secepat mungkin kerana hari semakin gelap di kawasan air terjun itu.Hanya selepas 20minit kemudian akhirnya api berjaya dihidupkan. Kawasan khemah bertambah sejuk dengan tempiasan air terjun yang menerjah masuk khemah kami. Air terjun hanya lebih kurang 3-4meter di hadapan khemah yang didirikan. Hanya tempat itu yang dilihat selamat dan strategik berbanding tempat yang lain, dengan permukaannya yang sedikit rata.
Proses menghidupkan api mengambil sedikitr masa lantaran hujan yang turun. |
Semua makanan yang dibawa disimpan di beberapa sudut yang selamat agar tidak 'diceroboh' oleh semut -semut nakal. |
Flismore dengan usahanya membuat tempat meletakkan barang yang dibawa, |
Ignatius berperanan memastikan nasi yang dimasak sempurna. |
Semua peserta berkumpul sebelum makan malam dimulakan. |
7.30PM.
Keadaan persekitaran di kawasan air terjun semakin gelap seolah-olah sudah 10PM. Hujan yang turun juga semakin lebat. Keadaan khemah yang kami dirikan seolah-olah tidak sesuai lagi untuk didiami oleh 9 orang. Tempiasan hujan masuk dan membasahi beberapa sudut dalam khemah kami. Beberapa peserta berbincang antara satu sama lain samada perlu meneruskan ekspedisi ini atau balik sahaja pada malam itu. Peserta lain membantah dan menyatakan bahawa pengalaman itulah yang perlu dilalui serta diperolehi. Pengalaman ini sukar diperolehi di mana-mana dalam satu kumpulan yang ramai seperti ini. Hujan turun semakin lebat, hampir semua kawasan dalam khemah sudah menjadi basah. Selepas makan malam selesai, Tiga daripada kami terpaksa mengambil keputusan untuk pulang pada petang itu juga. Mungkin menyedari keadaan khemah kami yang tidak lagi sesuai dan selesa untuk menampung 9 orang. Kini kami hanya berenam dan ekspedisi ini perlu diteruskan kerana berasa rugi setelah beberapa usaha telah dilakukan.
8.20PM
Selesai makan malam, semua peserta bersiap sedia untuk membersihkan diri, mandi manda untuk malam itu. Satu keseronokan dan kepuasan yang tinggi bila dapat melakukan satu perkara yang jarang dilakukan dalam satu kumpulan. Keadaan awan masih lagi gelap dan saya menjangkakan bahawa hujan akan turun sepanjang malam ini. Keadaan bertambah sejuk, hanya lebih kurang 15minit sahaja kami berada dalam air. Semua peserta naik dan masing-masing mengelilingi unggun api yang hampir terpadam.
9.00PM
Setiap peserta sudah siap sedia untuk menjalankan beberapa aktiviti malam yang telah dirancang. Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang pada malam itu tidak dapat dijalankan akibat hujan yang masih turun. Hanya beberapa permainan sahaja yang dijalankan secara spontan disamping beberapa aktiviti tambahan iaitu RSS (Rancangan Suka-suka).
10PM
Hujan telah reda. Beberapa peserta berbincang untuk meneruskan aktiviti pada malam itu iaitu 'Nightwalking'. Dalam keadaan hanya berenam, perlu ada peserta yang akan tinggal di khemah untuk berjaga di kawasan itu. Dua daripada kami tinggal dan tidak ikut serta dalam aktiviti 'nightwalking'. Manakala saya dan 3 orang yang lain meneruskan untuk menyusuri ke hulu sungai serta denai dengan hanya berbekalkan lampu suluh yang agak suram. Tujuan kami berbuat demikian adalah untuk menikmati pemandangan malam di sepanjang sungai serta hutan di sekelilingnya. Kami perlu berhati-hati kerana bimbang akan binatang buas yang akan melalui tempat yang sama. Suasana didalam hutan tersebut tidak sunyi kerana terdapat banyak bunyi-bunyi unggas serta katak yang kadang membingitkan. Selepas berjalan lebih kurang 2 Kilometer, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpatah balik kerana hujan kembali turun mencurah-curah. Kesejukkan kembali dirasai.
12.15AM
Kami berempat sampai di kawasan khemah kami agak lewat .Air sungai pula semakin meningkat.Sampai ke tapak khemah, rakan peserta yang bertanggungjawab menjaga khemah sudah menyiapkan beberapa makanan berserta kopi panas. Selesai menjamah makanan, kami sempat mandi sekejap sebelum naik dan membuat persiapan untuk berehat
.
8AM 14 Mac 2012
Selepas bersarapan pagi, semua peserta bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi itu. Beberapa aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan yang bertujuan mengisi masa yang terluang. Aktiviti sebenar yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana masalah teknikal. Aktiviti tersebut hanya dilakukan di sekitar kawasan tapak perkhemahan.
10AM
Kali ini, cuaca agak baik dan cerah. Semua peserta mengambil peluang mandi manda sebelum tiba waktu bertolak balik. Beberapa bentuk permainan diadakan agar pengalaman mengikuti ekspedisi tersebut lebih menarik. Jam sudah menunjukkan 11PM, semua peserta naik ke tapak khemah untuk menguruskan diri. Kesemuanya sudah puas berendam dalam air yang sejuk. Semua peserta bekerjasama menyiapkan makanan tengahari sebelum bertolak balik. Terdapat banyak baki makanan yang tidak dapat dimasak, dan perlu dibawa balik semula.
12.30PM
Selepas sahaja makan tengahari selesai, semua peserta terus mengemaskan barang-barang peribadi, mengemaskan khemah,serta membersihkan seluruh kawasan khemah. Ekspedisi seumpama ini merupakan hanya sedikit pendedahan kepada semua peserta dalam membuat persiapan awal. Kami merancang untuk menjalankan satu ekspedisi yang lebih bersifat ekstrim suati masa nanti di tempat yang lain. Harapan kami semua peserta agar tempat seumpama ini terus terpelihara dan terhindar daripada segala anasir atau bentuk aktiviti yang menggugat kelestarian kawasan rekreasi ini supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Tepat pada pukul 12.50PM kami bertolak balik ke kampung halaman.
Oleh: Joe Milan
Gambar: Joe Milan
Maklumat mengenai Air Terjun ini boleh di baca di sini

Walaupun sempit, peserta masih mampu tidur dengan selesa. |
Sempat bergambar di hadapan air terjun sebelum bersarapan |
Peserta bersarapan sebelum meneruskan aktiviti lain, |
8AM 14 Mac 2012
Selepas bersarapan pagi, semua peserta bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi itu. Beberapa aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan yang bertujuan mengisi masa yang terluang. Aktiviti sebenar yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana masalah teknikal. Aktiviti tersebut hanya dilakukan di sekitar kawasan tapak perkhemahan.
10AM
Kali ini, cuaca agak baik dan cerah. Semua peserta mengambil peluang mandi manda sebelum tiba waktu bertolak balik. Beberapa bentuk permainan diadakan agar pengalaman mengikuti ekspedisi tersebut lebih menarik. Jam sudah menunjukkan 11PM, semua peserta naik ke tapak khemah untuk menguruskan diri. Kesemuanya sudah puas berendam dalam air yang sejuk. Semua peserta bekerjasama menyiapkan makanan tengahari sebelum bertolak balik. Terdapat banyak baki makanan yang tidak dapat dimasak, dan perlu dibawa balik semula.
Makan tengahari yang serba ringkas namun tetap menyelerakan |
Selepas sahaja makan tengahari selesai, semua peserta terus mengemaskan barang-barang peribadi, mengemaskan khemah,serta membersihkan seluruh kawasan khemah. Ekspedisi seumpama ini merupakan hanya sedikit pendedahan kepada semua peserta dalam membuat persiapan awal. Kami merancang untuk menjalankan satu ekspedisi yang lebih bersifat ekstrim suati masa nanti di tempat yang lain. Harapan kami semua peserta agar tempat seumpama ini terus terpelihara dan terhindar daripada segala anasir atau bentuk aktiviti yang menggugat kelestarian kawasan rekreasi ini supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Tepat pada pukul 12.50PM kami bertolak balik ke kampung halaman.
Peserta bergambar sebelum bertolak balik ke kawasan perkampungan |
Oleh: Joe Milan
Gambar: Joe Milan
Maklumat mengenai Air Terjun ini boleh di baca di sini
1 comment:
Cantiknyer...bile agaknye leh p cni,cm best je
Post a Comment