Ads 468x60px

Wednesday, December 21, 2011

Tamu Mingguan di Kampung Pamilaan Meriah


Hari selasa lepas, 20 Disember 2011, saya berkesempatan 'meninjau' penduduk kampung disini menjual hasil-hasil tanaman serta buah-buahan. Pada saya, ini sesuatu yang menarik dan harus dikekalkan kerana pembeli yang datang membeli bukan sahaja dari kampung ini sahaja malah dari kampung-kampung sebelah juga. Sekiranya ini dapat dikekalkan atau pun apa yang saya katakan sebagai Tamu Mingguan ini, maka ianya baik sekali kerana dapat memberi peluang kepada penduduk di kampung ini meniaga untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.


Tamu Mingguan ini diadakan pada setiap hari selasa bersamaan dengan majlis AIM yang diadakan di balai raya kampung Pamilaan, juga diadakan setiap minggu. Saya sendiri tidak pasti apa nama penuh AIM ini. Namun yang pasti Tamu ini meriah dengan kehadiran lebih 50 orang yang mengunjungi tamu ini meski bukan peserta AIM. Ada yang saja-saja datang semata-mata hanya untuk membeli sayuran ataupun keperluan dapur lain. Saya sendiri melihat ada pengunjung dari Kampung Tepoh, Pamilaan bawah malah ada juga dari Pangalat. Inilah yang saya katakan sebagai meriah kerana kehadiran pengunjung dari sekitar kampung ini, bukan sahaja mereka dapat menjual hasil pertanian mereka tetapi juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk.

Kehadiran pengunjung yang boleh dikatakan agak ramai, tidak mendatangkan masalah walaupun ketiada an kemudahan infrastruktur yang disediakan. Ada yang berniaga di bawah pohon pokok, di atas tanah dan ada juga yang membawa meja dari rumah masing-masing. Apa pun,saya tidak dapat bayangkan bagaimana situasi jika hujan turun, mungkin menyukarkan penduduk berjual beli kerana kekurangan tempat berlindung.Maka sebab itulah mereka perlu 'menaiktaraf' kemudahan seperti pondok dan sebagaimya. Pendapat saya, tamu di Kampung Pamilaan ini harus diteruskan walaubagaimana pun mereka perlu menyediakan tempat yang lebih baik demi keselesaan penjual dan juga pembeli. Tamu ini boleh dikembangkan lagi dan saya percaya ia boleh menjadi salah satu tarikan di kampung ini suatu hari nanti.

Ini adalah antara gambar-gambar yang saya sempat ambil pada masa itu..







Penduduk yang mengambil peluang menjual hasil tanaman mereka di tamu ini.




Pengunjung sedang tawar-menawar dengan penjual













Terdapal pelbagai produk yang dijual di sini









                 Daging juga ada dijual.





Haro nogi boh bosou..








Oleh  Joe Milan.

6 comments:

Anonymous said...

MANTAP...pertanian adalah perniagaan...hasil2 yang ada boleh dinikmati bersama terutama kepada mereka yang tidak ada masa untuk bercucuk tanam...begitulah adat kita sekampung'peniaga memerlukan pembeli,pembeli memerlukan peniaga'..harus saling memerlukan...
budaya berniaga boleh meningkatkan motivasi penduduk kampung dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi..
sikit2 lama2 menjadi bukit...

Anonymous said...

Bagus joe, kasi banyak lagi berita2 dari kampung ni..rindu pula sama kampung. Sia setuju sama Anonymous di atas, sekurang2nya dorg jual walaupun sikit2 tapi buli tamba duit poket.lagipun sayur2 dorg pun segar2.terbaik dr ladang. pounsikou tu kiginawo migal diti.

Mr. Rocco said...

geng, promosi lg kegiatan kg ko.. siyok pla sia baca hehe..apa kata ko wat edisi khas pasal tempat mandi(sungai) di area tmpt ko.. nnt sia kasi masuk dalam blog saya jg hehehe, bole org tau tmpt2 menarik d kg ko :)

Kampung Pamilaan said...

Mr Rocco..Terima kasih bro..ya, sy mmg dlm usaha memeprkenalkan apa saja aktiviti di kampung kami ni bro..semua org suda tahu taman reakriasi di Bt 15.. tapi ada satu tempat, air terjun di ulu kampung ni yang org blm tau bro..bagus untuk dikongsikan..apapun trima kasih bro sb menyokong..Mr Rocco..tq

Anonymous said...

Joe, cuba kasi masuk tu wasai sama taman reakriasi di bt 15 tu.masi bagus kaitu ah.bagus juga itu

Anonymous said...

Siapa penulis blog ni

 
 
Blogger Templates