Ads 468x60px

Tuesday, July 19, 2016

4 Teknik Gandakan Wang Melalui ASB Dengan Gaji Hanya RM 2000


Ramai diantara kita hanya tahu untuk menyimpan duit di dalam ASB kerana mendapat pulangan yang lebih baik dari menyimpan di dalam akaun simpanan bank. Tetapi lumrahnya pada mereka yang bergaji kecil atau hanya boleh menyimpan dengan jumlah yang sedikit, pulangan dari ASB ternyata bukan masyuk.
Jadi ada tak cara lain untuk meningkatkan pulangan itu dengan berlipat ganda dalam masa yang singkat?
Kita lihat tips yang di kongsikan oleh bro Rashdan seorang perunding ASB loan.
Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??
Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.
Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.
Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan 30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.
Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. Ada beberapa cara yang biasa kita dengar tetapi terdapat 2 teknik kewangan yang boleh anda pilih, samada untuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Jangka masa pendek ialah antara 5-7 tahun untuk kita memaksimakan pulangan dividen daripada ASB.
Disini saya bongkarkan 4 teknik buat duit dengan ASB :

Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka.
Jika gaji anda RM2,000, buat loan RM100,000 dimana bayaran bulannnya ialah RM537 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM2,000).
Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM8,000 (andaian dividen 8%). Dalam masa 30 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM240,000. Ditambah dengan pembiayaan pokok RM100,000 anda menjana RM340,000!
Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM537x12= RM6,444. Dividen setahun cuma RM276, dan untuk tempoh 30 tahun jumlah dividen lebih kurang RM8,280. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM193,320, jumlahnya ialah RM201,600. Disini anda telah rugi RM138,400!

Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Panjang

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000.
Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM537x12=RM6,444. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank setiap tahun. Anda masih ada lebihan RM1,556 setiap tahun. Setelah tempoh matang 30 tahun, anda lihat perolehannya:
RM100,000
Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan RM6,444 anda mendapat RM100,000.
Namun sekiranya anda mempunyai modal RM6,444 dan anda simpan (peram) dalam ASB Biasa, anda hanya memperolehi RM64,800 pada  tahun ke 30.

Teknik #3: Buat Duit Dengan ASB – Jangka Masa Pendek

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi.
Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:
RM6,444 x 5 = RM32,220 <- bayaran="" dibuat="" pembiayaan="" span="" telah="" yang="">
SELEPAS TAHUN KE LIMA KANSEL LOAN ASB:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) setelah tolak interest bank = 8,172 + dividen terkumpul RM46,932. Jumlah keseluruhan = RM55,104 tidak termasuk pengembalian insurans anda pada tahun kelima.
Dengan teknik ketiga ini, dengan modal pelaburan RM32,220 anda mendapat RM55,104.

Teknik #4: Buat Duit Dengan ASB – Teknik Jutawan

Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM100,000. Anda perlu konsisten melabur tanpa mengeluarkan dividen yang diperolehi selama tempoh pinjaman (macam simpan dalam KWSP).
Modal Pelaburan:
RM6,444 x 30 = RM193,320 <- bayaran="" dibuat="" pembiayaan="" span="" telah="" yang="">
PADA TAHUN KE 30:
Bank akan memulangkan kembali nilai pokok pembiayaan (prinsipal) = 100,000 + dividen terkumpul RM906,266. Jumlah keseluruhan = RM1,006,266.
Dengan teknik keempat ini, Impian anda untuk menjadi Jutawan telah terlaksana. Yahoo!!
Untuk buat duit dengan ASB, kini anda boleh pilih untuk jangka masa panjang atau pendek. Yang penting masyukkk…
Jadi apa pandangan anda tentang tips ini? Boleh lah cuba tapi anda haruslah berdisiplin untuk melaksanakannya.
AMARAN – ASB masih adalah sebuah pelaburan di mana pulangannya tidak di jamin oleh mana-mana pihak. Anda harus faham akan risiko pelaburan sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Sumber: SmartWealth2U dan Rashdan (Perunding ASB Loan)

TIPS BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE VIDEO

TIPS BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE VIDEO




Kamu pernah dengar tentang adsense? Orang cakap dengan adsense boleh buat duit. Betulkah? Zaman sekarang tiada benda yang mustahil. Dengan youtube sahaja sudah ramai yang Berjaya buat ribuan ringgit. Padahal apa yang dipaparkan Cuma video. Inilah yang ramai tidak tahu tentang kelebihan adsense. Mula mula saya test buat akaun adsense dulu dapat 1.5USD saja sebulan. Nampak macam sikit kalau dalam Rm tentu sudah RM4 kan. Mula dari itu saya percaya saya boleh buat duit dengan youtube. Mari kita lihat Langkah-langkah ringkas ini.


Langkah-langkah yang perlu kamu tahu untuk memulakan usaha kamu menjana wang melalui YouTube:
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik..
Kamu mesti ada perakam video yang bagus, tida kisah apa pun,yang penting kualitinya bagus. Sekarang banyak henpon yang mempunyai kualiti video yang bagus. Rakam apa saja yang kamu suka,yang penting kreatif. Video yang unik dan kreatif menjadikan video kamu akan kerap ditonton oleh penonton. Lebih banyak views,lagi besar peluang kamu untuk menjana wang melalui youtube. Banyak orang rakam aksi bayi mengantuk, bayi makan, ayam sabung, anjing kawan dengan kambing..semua itu video yang unik. Perlu ingat, kamu mesti hasilkan video kamu sendiri. Kesilapan orang banyak, mereka download video orang lain kemudian upload semula. Youtube boleh banned akaun youtube dan adsense kamu sebab melanggar hak cipta orang lain. Jadi lebih selamat kalau cipta video sendiri dan upload. Buat video dalam lingkungan 2-4 minit.  Kamu juga perlu berhati-hati dengan proses memasukkan audio supaya suara atau muzik latar dan gambar yang dipaparkan adalah seiring.

Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
Sementara tunggu video kamu dipaparkan, cari nama yang senang diingati serta menarik untuk diberikan kepada video hasil kerja anda. Selalunya nama akan diberi selari dengan kandungan atau jalan cerita video kamu. Contoh nama yang terkenal di YouTube ialah Hunting Bird iaitu video tentang seorang yang memburu burung dengan senapangnya.
Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2
Buat sebanyak mungkin video, kalau boleh buat satu video seminggu lagi baik. Saya kadang-kadang sebulan dua video saya hasilkan bergantung kepada mood saya. Kadang satu video sebulan. Saya mempunyai 3 Channel youtube dan terdapat dua video saya yang sudah mencecah 600k views. Selebihnya 40k-100k views. Ingat, lebih banyak jumlah views lebih besar peluang untuk jana wang melalui Youtube ADSENSE.
Terus cipta video kamu, teknik buka tayar ka, teknik tanam padi ka, teknik potong kayu, pasang api pakai kayu atau sebagainya. Lebih baik cipta video kamu ikut minat kamu. Memancing ka. Promosikan link video kamu di twitter, facebook atau blog supaya orang boleh menonton video kamu.


Langkah 4: Semak emel anda !
Pihak YouTube  akan hantar email untuk kamu. YouTube akan mengundang kamu untuk membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video kamu yang dipilih oleh YouTube. Lepas upload video terus monetised video kamu, tidak perlu tunggu ada views dulu. Apabila kelulusan diberi, kamu boleh mula menjana pendapatan untuk video yang terpilih itu.
Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube
Buat permohonan Akaun Adsense kamu melalui link dalam email yang dihantar sama kamu.
Langkah 5: Mulakan proses permohonan
Kamu harus membaca dokumen panduan tentang program rakan kongsi YouTube. Pastikan kamu tidak melanggar mana-mana syarat dan undang-undang yang ditetapkan.
Kamu tidak akan dibenarkan membuat permohonan seterusnya selama 2 bulan jika YouTube tidak meluluskan permohonan anda.
Langkah 6: Buka akaun dengan Google AdSense
Bila kamu sudah baca dan betul-betul faham akan syarat dan undang-undang tersebut, kamu perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube kamu tadi. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada kamu terhadap video yang terpilih.
Walaubagaimanapun, wang yang kamu boleh keluarkan daripada akaun kamu ialah apabila akaun kamu sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik kamu paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan kamu membuat pengeluaran.
Langkah 7: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan
YouTube mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk menilai dan menentukan samada video kamu tu akan diterima atau tidak. Kamu tidak perlu membuat apa-apa selama waktu ini atau jika kamu tidak mahu membuang masa, kamu boleh juga terus berkarya! Siapkan rakaman video seterusnya.
Langkah 8 : Mulalah buat duit !
Sebaik sahaja permohonan ADSENSE kamu diluluskan, kamu akan dibenarkan menayangkan segala iklan yang keluar dibahagian bawah video kamu. Terdapat juga iklan banner yang muncul dibahagian tepi video atau sesetengah iklan yang akan dimasukkan secara pantas dibahagian hadapan video kamu sebagai pengenalan dan sebagainya. Masa edit keterangan video kamu dalam akaun youtube, cari MONETISATION, kasi tick semua supaya iklan boleh timbul dimana mana bahagiaan video kamu.
Langkah 9: Ulang langkah 1
Jika permohonan kamu tidak diluluskan, kamu bermungkinan besar tidak ikut salah satu langkah yang disebutkan di atas. Oleh kerana kamu akan diberi tempoh selama 2 bulan sebelum permohonan baru boleh dikemukakan kepada pihak YouTube, kamu dinasihatkan supaya mengulangi langkah-langkah tersebut dengan lebih teliti. Undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan mestilah diikuti dengan betul.
Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.
Jika kamu mendapat lebih dari 5 juta komen atau 20 juta tontonan dalam masa satu bulan, pihak Google Adsense akan menghantar jemputan khas kepada anda untuk menjadi salah seorang rakan di dalam program Premium Publisher. Program ini adalah program khas dan ianya akan dibuka kepada sesiapa yang layak atas jemputan khas sahaja.


Bayaran Adsense Youtube yang ke 3

Bayaran ke 4 = RM 426.51

Kamu boleh tiru cara ini. Jangan risau ianya percuma untuk sertai, hanya ikut syarat yang ditetapkan dan elak menipu sebab google adalah sangat genius. Sedikit kesilapan membolehkan akaun adsense kamu di banned. Ini kerja sekali sahaja..Upload sekali buat betul-betul, sampai bila bila selagi video kamu ditonton, kamu akan dapat $$$..

Tuesday, January 26, 2016

Ambrose Mudi: Seniman Agung Kadazandusun tinggalkan legasi seni muzik

Oleh HENRY BATING


ALLEN Max mengepos ke dalam Facebook jam 11.33 pagi 24 Jan 2016. Hari itu adalah Ahad dan Allen meminta semua kenalan ayahandanya, Ambrose Mudi untuk mendoakan kesembuhan seniman Kadazandusun itu yang baru dimasukkan ke bahagian kecemasan Hospital Keningau kerana serangan jantung.

“Keadaannya (ayah) sekarang stabil tapi hanya boleh bercakap dan bergerak sedikit sahaja,” catat Allen yang juga penggiat seni suara dan seni muzik.
Kira-kira 7.00 pagi Isnin, 25 Jan 2016, Allen mengepos lagi memohon kepada rakan-rakan dan kenalan mendoakan kesembuhan segera bagi ayahnya, Ambrose Mudi. Tapi belum tiga jam kemudian menjelang 10.00 pagi, Allen mengepos berita duka.
“Terima kasih atas doa-doa kalian untuk bapa saya Ambrose Mudi sejak kelmarin. My dad, the legendary singer yang popular dengan lagu-lagu Kada Lihuai Janji Toh, Aiso Koruhang Modop, Kada Mombit-Kombit, Nung Noilaan Ku has passed away peacefully this morning at Hospital Keningau. His 65th birthday was just three days ago,” catat Allen.
Kira-kira 2.30 petang, Allen mengepos bahawa jasad ayahnya sudah berada di rumah mereka di Kg Galiung, Tambunan tepatnya di suatu lereng puncak SMK Nambayan, sekolah menengah di mana Ambrose Mudi pernah menjadi Pengetua (1992-1998).

Perkhabaran Ambrose sudah semestinya menjadi perhatian kami kerana baru kelmarin dulu, 23 Jan 2016, bersamaan Sabtu, 9.03 pagi, Ambrose Mudi menghantar pesanan Whatsapp kepada penulis menyatakan mengenai buku autobiografinya yang sedang kami susun.
Ambrose telah meletakkan sasaran Kaamatan Mei 2016 untuk melancarkan buku autobiografinya. Dalam pesanan itu Ambrose telah menyebutkan nama-nama yang sebaiknya hadir ketika pelancaran itu. Majlis pelancaran itu telah dijadualkan dikendalikan anaknya, Lisa Sabrina.
Pesanan itu adalah rentetan daripada pertemuan penulis dengan Ambrose Mudi di kediaman ladangnya di Kemabong 1 Jan 2016. Selepas bersara dari perkhidmatan pendidikan dengan jawatan terakhir Pengetua SMK Kemabong, Ambrose menjalankan usaha agrobisnes dan peruncitan.
Di samping Supermarket Mini Butitin yang menempati rumah kedai bertingkat, Ambrose dan keluarga turut mengusahakan ladang kelapa sawit, kolam rekreasi dan studio rakaman muzik yang telah menghasilkan banyak album kaset para penyanyi setempat.

Perjalanan hidup Ambrose Mudi (1951-2016) telah diabdikan sepenuhnya dalam pembangunan seni suara, seni muzik dan pemartabatan peralatan seni muzik tradisi pelbagai etnik di Sabah khususnya Kadazandusun. Ambrose Mudi adalah seniman yang berkerjaya sebagai guru. Malahan deretan pencapaian Ambrose Mudi selama hidupnya telah meletakkan Ambrose sebagai seniman yang teragung setakat ini dalam kalangan masyarakat Kadazandusun.
Ambrose Mudi merupakan Johan Bintang Remaja Kota Kinabalu 1972, memimpin kumpulan vokal ‘Rustproof Sepecies’ yang mewakili Sabah dalam Pertandingan Bintang RTM di Angkasa Puri, Kuala Lumpur (1980) dan pembimbing yang telah mengangkat bakat seni muzik dan seni suara bintang legenda bersuara emas, Datuk John Gaisah (mendiang).
Penggiat dan peminat seni suara Sabah era 1970-an dan 1980-an sudah pasti mengingati nama Ambrose Mudi, tokoh seni yang berasal dari Tambunan ini.

Dalam majlis rasmi, Ambrose Mudi merupakan penggubah lagu tema bertajuk ‘Selamat Hari Jadi’ untuk Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah (1987). Ambrose Mudi juga adalah Penerima Anugerah ‘Kembara Muzik’ Sabah yang telah disampaikan YAB Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman (2011) di Auditorium Yayasan Sabah.
Di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Ambrose Mudi mewakili Malaysia ke Simposium of The International Musicology Society and Festival of Music di Melbourne, Australia (28 Ogos – 2 September 1988). Ambrose Mudi membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sompoton’.

Ambrose Mudi juga mewakili Malaysia ke Asian Music Conference di Tokyo, Jepun atas jemputan Japan Foundation. Di persidangan itu, Ambrose Mudi diminta memperkenalkan alat muzik Sompoton dan alat-alat muzik tradisi lain dari Malaysia
Menyusul persidangan itu, Ambrose Mudi kemudian terpilih menyertai Asia-Pacific Institute for Broadcasting  Development (AIBD) untuk mengikuti Kursus Penerbitan TV Pendidikan. Kursus itu dijalankan di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), Jalan Ampang, Selangor 15 September – 7 November 1980.
       Ambrose Mudi yang lahir di Kg Daar, Tambunan 22 Januari 1951 merupakan artis pertama merakamkan lagu dalam dialek Dusun. Ambrose Mudi juga adalah penyanyi Kadazandusun pertama membuat persembahan secara langsung di televisyen RTM. Ambrose Mudi muncul sebagai penyanyi Top Dusun 1970-76 berdasarkan sambutan pendengar melalui siaran radio Kadazan, jualan piring hitam dan kaset serta jemputan pelbagai penganjur ke pertunjukan konsert.
Namun kejayaan manis dalam usia awal 20 tahun itu dicapai dengan keringat, keazaman dan kesungguhan. Ketika itu, jalan raya Penampang – Tambunan baru sampai ke Gunung Emas, yakni pertengahan perjalanan antara dua daerah bersebelahan itu.

Pada ketika itu, Ambrose Mudi baru memulakan profesi guru di St David Primary School Toboh, Tambunan sebelum memasuki Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu (1971-72). Ambrose terpaksa berjalan kaki mudik ke hulu kira-kira tiga jam dari Kg Sunsuron, Tambunan ke Gunung Emas.
Dari Gunung Emas ke Kasigui, Penampang terdapat kenderaan berkala yang boleh dinaiki para penumpang. Di ibu negeri, Ambrose dibimbing oleh mentornya Datuk Justin Stimol yang merupakan penyanyi Top Kadazan pada ketika itu. Melalui Justin, Ambrose memulakan langkah ke studio RTM.
Selesai pengajian maktab dengan pengkhususan pengajian seni muzik, Ambrose Mudi ditempatkan bertugas di SMK Pekan Tambunan (1972-75). Kemudian dipindahkan ke SMK Sipitang (1976-78). Selepas itu Ambrose Mudi ditempatkan di Bahagian Sebaran Pendidikan di Kota Kinabalu.
Demi meningkatkan pengetahuan dalam bidang pendidikan seni muzik, Ambrose Mudi kemudian ditawarkan mengikuti Pengajian Diploma Seni Muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1978).

Empat tahun kemudian, Ambrose Mudi ditawarkan cuti bergaji dengan biasiswa Kerajaan Persekutuan untuk menempuh pengajian Pendidikan Seni Muzik Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) di Southern Illinois University at Carbondale Illinois USA.
Sekembali dari Amerika, Ambrose Mudi dilantik menjadi Penolong Pengarah Pendidikan (Unit Seni dan Rekreasi) 1986-91.

Ambrose Mudi menjadi panel penggubalan kurikulum pendidikan muzik, melatih guru-guru dan membentuk kumpulan koir di banyak sekolah. Di samping itu Ambrose Mudi berjaya memuatkan unsur-unsur budaya muzik tempatan Sabah ke dalam silibus Pendidikan Muzik di sekolah-sekolah di Malaysia.

Ambrose Mudi menjadi pengasas kepada Sugandoi Kaamatan dan irama rentak gong Sumazau dalam lagu-lagu ciptaannya telah menjadi ikutan kepada ramai penggubah lagu tempatan sehingga sekarang.
Ambrose Mudi dikurniai tujuh anak hasil perkahwinan dengan Wong Lee Lee @ Lily dan Emilda Lee Kong Sang. Anak sulong ialah Linda, diikuti Andrew @ Atama, Arnold, Lisa, Allen, Aldrin Aeron @ Kandawai dan Amanda Avril @ Sunsulit.





Piring Hitam oleh Ambrose Mudi
Dengan izin,
Oleh HENRY BATING.

Friday, June 19, 2015

Bakat Warga Pamilaan Villa


Kampung Pamilaan memiliki ramai individu berbakat dalam pelbagai bidang seperti bermain alat muzik, moden dan tradisional, nyanyian dan sebagai. Dalam entry kali ini dalam kategori Hiburan, Admin cuba mengetengahkan beberapa individu yang berbakat dalam bidang nyanyian pula, Antaranya ;

Id Pagandadan - Cover Live oleh James J. Bating



Rumandawi- Rosiah John



Pointopot Tupusku - DJ Stanza


Edvilito Edward- Tulun Taparu


Liguari Martin - IYA NOH

Wednesday, June 17, 2015

GEORGE SADANGKAT DALAM INGATAN KASIH

Oleh : DR HENRY BATING

Tanggal 17/6/15 ini - GEORGE SADANGKAT diperkirakan berumur hampir genap 60 tahun. George pergi menghadap Tuhan dan meninggalkan selama-lamanya umat Pamilaan yang pernah dia abdikan dalam pelayanan ketika hayat mudanya. 

Moga engkau damai dalam perjalanan baru mu, saudara terhormat dan termulia kami GEORGE SADANGKAT dalam menghadap kehidupan kekal di sisi Allah Bapa di surga.

George yang diperkirakan lahir pertengahan 1950-an adalah angkatan kedua anak Pamilaan yang cemerlang dalam pelajaran menyusul Francis Sadiang dan St Theresa Sarat.

George lulus dengan baik Form Five (MCE) di SFX Keningau dalam pertengahan 1970-an. Sejurus kemudian George terbuka hati mengikuti program Aspiran bagi persediaan kemasukan ke seminari untuk menjadi Rev. Father.

George anak tunggal kepada ayah kandungnya, Sadangkat dengan ibunya Langot Bakiyang sudah pasti berhadapan dengan suatu cabaran yang besar untuk mendapatkan restu bagi memilih jalan hidup menjadi paderi. 

Ketika itu George sudah menjadi anak tiri kepada Matanggun Dantal setelah kepergian ayah kandungnya dan menjadi abang kandung seibu kepada Jovita Matanggun. Dalam kehidupan remajanya, George juga banyak dinaungi oleh bapa saudaranya, John Ejah Gitik.

George menerima takdir untuk tidak meneruskan panggilannya ke seminari. George lalu mengabdikan kehidupannya di Pamilaan sebagai anak kampung sambil mencari peluang pekerjaan setingkat kelulusannya. Pada waktu yang sama, George aktif membantu Katekis Jonas Bating Kilam dalam ibadat sabda di Gereja St Pius di Batu 14 dan melaksanakan aktiviti kebeliaan.

George mengasaskan Catholic Youth Association (CYA) St Pius untuk melaksanakan peranan koir, mengiring perjalanan doa ketika bulan rosari, mengadakan caroling dan membentuk pasukan bolasepak CYA.

CYA pimpinan mendiang George Sadangkat telah mengambil peranan menyebarkan khabar gembira kelahiran Yesus melalui caroling tahunan setiap menjelang Krismas yang merangkumi lima buah kampung iaitu Pamilaan, Tepoh, Lindopon, Pangalat dan Mosolog.

Dalam arena bolasepak, George yang berkeadaan sebahagian anggotanya kurang upaya, tetap tangkas menjadi penjaga gawang pasukannya. Ketika itu setiap minggu padang sekolah St Pius ramai dengan perlawanan bolasepak. 

Terdapat pasukan beragama Islam Batu 14, pasukan Pangalat, Pasukan Timor dan CYA Pamilaan yang bergabung dengan Mosolog, sebahagian Pangalat dan Ulu Tepoh.
Pasukan CYA menjadi pasukan yang disegani kerana hampir pasti memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. Jikapun kurang cemerlang, hanya seri, kalah tipis atau kalah teruk disebabkan para pemain yang masih palau-palau aramaiti.

George kemudian menjadi pemain gantian kepada penjaga gawang utama, Ambit Sudangking dari Mosolog. Para pemain CYA kemudian begitu dihormati umat Kg Pamilaan sehingga terkadang jika kebetulan ada keramaian selepas perlawanan, mereka amat diraikan.

Pasukan CYA amat disegani oleh tiga pasukan tadi dengan adanya Jasri Ejah sebagai penyerang yang hampir tidak pernah mengecewakan penyokong untuk membawa bola membolosi gawang pihak lawan. CYA juga memiliki pemain pertahanan, Primus Kintang dan pemain tengah, Sukim Sarat yang memiliki kelengkapan bermain ketika itu. Primus dan Sukim adalah dua belia Pamilaan yang pertama membeli kasut bola, Adidas/ Puma. 

Dalam barisan pemain CYA, turut beraksi ialah Johny Borok, Mumin Gunting dari Mosolog, Jokin Gamin dari Pangalat, Polus Masundang dari Tepoh, Jumin Galayun, Vitus Kaling dan adiknya Dewin dll.

Kira-kira pada tahun 1978, George menerima tawaran pekerjaan menjadi kerani surat beranak di Hospital Daerah Keningau. Pun begitu George masih berulang-alik ke Pamilaan setiap hujung minggu untuk melaksanakan aktiviti kegerejaan.

Kira-kira tahun 1980, George mendirikan rumah tangga dengan Bona James Batik.

Pada tahun 1983, gereja berpindah ke Toud dengan nama St Peter, mengambil sempena nama Rev Fr Peter De Wit, mantan Rektor Paroki Tenom yang mati dibunuh di Kudat. George menjadi Pengerusi Dewan Gereja. George juga menjadi pengerusi penganjur perasmian gereja yang disempurnakan Rektor Paroki, Rev Fr Francis Tsen.

Atas asuhan George, St Peter mampu menghantar kumpulan ke Pesta Koir peringkat paroki Tenom dan menjadi johan pada tahun 1984. Kemudian Krismas pada tahun itu, St Peter dipercayakan menjadi tuan rumah Pesta Koir Krismas Paroki Tenom dengan George menjadi pengerusi penganjur. St Peter ketika itu menjadi naib johan menyusul St Anthony yang turut menghantar penyertaan.

Dalam testimoninya, Herman Bating amat mengagumi sifat motivator George. Kata Herman, satu perkara yang tak dapat saya lupakan tentang mendiang George Sadangkat ialah sewaktu kami mengikuti pertandingan koir peringkat Paroki Tenom. Kami pada waktu itu cuma memakai pakaian koir hitam putih dengan nektai sahaja. Dan kami merasa lemah semangat bila melihat peserta lain memakai pakaian serba lengkap dengan stail terkini waktu tu. Tetapi mendiang George berjalan dan membisik kepada kami satu persatu dan menyatakan! Kamu jangan gentar dengan mereka! Itu cuma pakaian mereka tapi sebenarnya mereka itu bukan hebat, katanya. Itu membuatkan kami bersemangat semula dan akhirnya kami mendapat johan dalam pertandingan koir peringkat Paroki Tenom pada tahun 1984 dan mewakili paroki ke pertandingan peringkat pedalaman di Keningau pada tahun yg sama. Wakil Tenom pada waktu itu ialah St Anthony Tenom, St Peter Pamilaan dan St Anne Kalamatoi, Kemabong. Tema pada waktu itu ialah: 'Perdamaian Lahir Dari Hati Baru'.  Itulah betapa kuatnya karisma mendiang George ini. Jasa dan pengorbanan arwah George ini tak dapat dinafikan. Amen.

Dalam bidang kemasyarakatan, George juga adalah orangnya yang mengajukan permintaan kepada YB Datuk Kadoh Agundong yang ketika itu adalah menteri kabinet Sabah untuk mendapatkan satu set alat muzik. Kumpulan Band Pamilaan kemudian aktif sehingga pernah dipanggil ke kampung lain.

George yang telah membangunkan rumah kediaman dekat Kg Kauraan Keningau kemudian menumpukan sepenuhnya tugas dalam perkhidmatannya. George telah bertukar ke bahagian pentadbiran Jabatan Penjara Keningau, kemudian ke Pejabat Daerah Kecil Sook dan Pejabat Daerah Nabawan.

GEORGE SADANGKAT adalah nama penting penggerak belia yang tidak boleh tidak, harus ada dalam lipatan sejarah perkembangan masyarakat Kg. Pamilaan.

GEORGE SADANGKAT, terberkatilah engkau. Dirimu, semangat mu dan pengorbanan mu, tidak akan pudar dalam ingatan kami, engkau akan sentiasa dalam kenangan kami, dan tidak akan pernah luput di dalam hati sanubari kami.

Berangkatlah engkau dengan damai dan tenang wahai saudara kami GEORGE SADANGKAT, kami akan selalu mendoakan mu dan keluarga mu, sekarang dan selamanya. AMEN.






Thursday, March 20, 2014

Kolam D’Sebrang pintu masuk pelancongan Zon Utara Melalap

Siri II

Oleh HENRY BATING

KOLAM D’Sebrang yang telah menjana puluhan ribu ringgit hasil penyertaan pertandingan memancing Februari kalangan pengunjung kiranya dapat melanjutkan lawatan ke pelbagai lokasi menarik yang sedang lalu bakal menjadi pintu masuk ke pelbagai destinasi pelancongan yang ada di Zon Utara Melalap. Laluan pelancongan itu bakal direalisasikan apabila zon itu mula menerima kehadiran pelancong sempena Tour de’ Pamilaan 2014 (TdP2) pertengahan tahun ini. Pelbagai destinasi itu melibatkan Pamilaan, Ulu Tepoh, Lindopon, Pangalat, Jawa dan Sumbiling.
Pengusaha Kolam D’Sebrang, Zamri Hj Hashim berkata sejak dibuka tahun lalu, pihaknya telah menerima kunjungan ramai dan adalah baik bagi dimajukan di zon itu.

Pelbagai destinasi yang ada ketika ini termasuklah Taman Rekreasi Batu 15, Kebun Rekreasi Lindopon, lokasi kapal perang terhempas di Ulu Pangalat,  Taman Rekreasi, Perkemahan dan Perkelahan Sukim Sarat, Piolungan pertemuan dua kuala sungai, Tapak Perkemahan Leo, Perkampungan Tradisi Pamilaan Villa, kubu tentera Jepun di Mosolog dan Taman Banjaran Crocker Ulu Sumbiling.

Demi merealisasikan hasrat tersebut dengan lancar, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Melalap, Simon Mamat meminta Persatuan Alumni St Pius yang menyelaras tempat-tempat berkenaan agar mengemukakan butiran tarikan setiap lokasi bagi membolehkan pentadbiran daerah memasukkan zon berkenaan ke dalam peta destinasi pelancongan daerah Tenom.
BELIA menjadi sebahagian tonggak
 memulihara destinasi pelancongan.


“Pentadbiran daerah memang mengambil berat terhadap kewujudan pelbagai tarikan dalam kawasannya bagi menokok-tambah kewujudan Taman Pertanian Sabah di Lagud Sebrang yang selama ini telah menjadi tumpuan ramai di Malaysia,” kata Simon.
Simon menambah, Majlis Pelancongan Daerah Tenom yang sudah wujud sejak sekian lama bakal diaktifkan dengan melibatkan pelbagai pihak yang mengusahakan sektor pelancongan dan berharap dapat memasukkan zon utara Melalap sebagai destinasi baharu.
Taman Rekreasi Batu 15 merupakan kawasan perkelahan sungai yang lengkap dengan kemudahan mandi-manda, pemanggangan, pondok dan rumah inap. Manakala Kebun Rekreasi Lindopon merupakan gabungan kolam ikan, kebun buah-buahan, tapak perkemahan dan trekking.

Lokasi kapal pejuang Australia terhempas di Ulu Pangalat pula memiliki nilai sejarah yang belum diterokai. Serpihan bangkai kapal perang masih bertebaran di serata tempat dan malahan bahagian besar kapal kian tertanam dan diselaputi lumut oleh hakisan tanah. Taman Rekreasi, Perkemahan dan Perkelahan Sukim Sarat yang sedang dibangunkan menawarkan peranginan ala resort yang memiliki cafĂ©, perkelahan tepi sungai, kolam ikan, tapak perkemahan di bawah pohon-pohon semulajadi dan ‘flying fox’.
Sementara itu, Piolungan tempat pertemuan dua kuala sungai dan Tapak Perkemahan Leo dibangunkan dengan mengekalkan keaslian tumbuhan dan permukaan tanah. Di Piolungan bakal ditawarkan kepada pengkaji bidang biologi, agronomi atau klimatologi untuk menyelongkar misteri perbezaan suhu dan tumbuhan dua batang sungai yang bertemu itu. Manakala di Tapak Perkemahan Leo menawarkan suasana mencabar bagi perkemahan melakukan pelbagai aktiviti termasuk mempelajari kemahiran menoreh getah dan bersawah.
MOTOSIKAL empat roda yang terdapat di Kebun Rekreasi Lindopon.


Perkampungan Tradisi Pamilaan Villa yang memiliki lima buah rumah tradisi suku kaum Dusun Tambunan menawarkan suasana kehidupan lama masyarakat itu melalui interaksi Kaamatan. Pesta boleh diadakan pada bila-bila masa kepada perantau yang tidak sempat meraikan perayaan itu di kampung sendiri. Kubu tentera Jepun di Mosologi pula adalah tinggalan yang kian terhakis, tempat di mana kapal perang Australia ditembak sebelum jatuh di Ulu Pangalat. Di kubu itu penduduk kampung menerima cerita tentang keperitan hidup tentera Jepun pada akhir zaman pendudukan mereka di Borneo Utara.
Tidak jauh dari tempat itu, pihak Taman Sabah telah membuka Taman Banjaran Crocker di Ulu Sumbiling yang kini menjadi lokasi kajian bagi habitat fauna dan flora. Tempat ini juga boleh dikunjungi orang ramai sepanjang masa.

Baik Ketua Kampung Kg Pamilaan, KK Johnny Borok mahupun Ketua Kampung Kg Ulu Tepoh, KK Taimin Majigi, mereka sama-sama berharap agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian terhadap penyediaan kemudahan awam di tempat-tempat pelancongan yang sedang diusahakan.

Lawatan tapak tempat-tempat pelancongan hujung minggu lalu diketuai Pengerusi Persatuan Alumni St Pius, Philip Basalant diiringi pengusaha Wasai Tour, Justina Datuk Dusing.
KEBUN Rekreasi Lindopon dari satu sudut pandangan.

GABRIEL mengiringi Philip dan rombongan meninjau Kebun Rekreasi miliknya.

ZAMRI memberi taklimat kepada Justina mengenai Kolam D’Sebrang.


SUASANA pertandingan memancing di Kolam D’Sebrang.

KOLAM D’Sebrang tenang mengalu-alukan pengunjung.


ROMBONGAN lawatan tapak bergambar di Kolam D’Sebrang

Oleh : Henry Bating
 
 
Blogger Templates