Pamilaan, 22 Mei 2024 - Hari ini, lebih dari 30 orang penduduk kampung Pamilaan berkumpul untuk menyertai aktiviti gotong royong yang dianjurkan oleh gabungan KRT Pamilaan Ulu dan KRT Lologubon. Aktiviti ini bermula tepat pada jam 8 pagi dengan semangat kesukarelawan yang tinggi.
Mereka tidak datang dengan tangan kosong; setiap peserta membawa mesin pemotong rumput dan parang untuk membantu membersihkan kawasan sekitar. Kegiatan ini dimulai di hadapan rumah Encik Albert Karang, salah satu penduduk setempat, dan berakhir di penghalang lembu Kualangi iaitu sempadan antara kampung Pamilaan dan kampung Tepoh. Jarak Jalan Raya yang dibersihkan adalah kira-kira 3Km.
Selepas seharian bekerja keras, semua penduduk berkumpul di rumah Puan Angeline untuk menjamu selera makan tengahari. Menu makanan disediakan oleh ahli wanita KRT, yang sudah tentu menjanjikan hidangan yang lazat dan menyelerakan bagi semua yang hadir.
Dalam suasana kebersamaan yang penuh kegembiraan, penduduk kampung Pamilaan menunjukkan semangat gotong royong yang tinggi dalam menjaga kebersihan dan keindahan kampung halaman khususnya bahu jalan di sepanjang kampung ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus diadakan untuk mempererat hubungan antara jiran tetangga serta mewujudkan kampung yang lebih bersih dan harmoni.
2 comments:
Mantap...yt la joe
👍
Post a Comment